Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemuda Dakwa Diserang Anak...

GEORGETOWN : Satu rakaman video memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah kafe...

JPNIN Lahir Usahawan Inovasi...

LABUAN - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) seluruh negara telah diarahkan...

PDRM Umum Pertukaran Enam...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai...

4,000 Sukarelawan Bina 15...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 4,000 sukarelawan akan membantu membina semula 15 rumah...

Manjung Sentiasa Dalam Pemerhatian PDRM

LUMUT – Manjung mempunyai populasi penduduk yang besar serta memerlukan pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan penduduk berterusan.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata daerah Manjung adalah antara yang unik di Malaysia berikutan beberapa kawasan sekitar daerah itu merupakan hab dan tumpuan utama di Malaysia.

“Di sini mempunyai pelabuhan besar (Pelabuhan Lumut) di Malaysia serta jana kuasa terbesar (TNB Janamanjung) di Asia yang membekalkan elektrik ke seluruh negara dan ia merupakan sasaran penting untuk pihak polis menjaga kesejahteraan di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas  Ketua  Polis Daerah Manjung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, hari ini.


Pada majlis itu, ACP Muhammad Hanif Othman dilantik Ketua Polis Daerah  Manjung berkuatkuasa hari ini menggantikan ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah yang bersara wajib.

Muhammad Hanif sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, manakala Tengku Mohd Zailan telah berkhidmat di IPD Manjung sejak 15 April 2014.  – BERNAMA

Kategori