Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Guna Lampu Tinggi, Pemandu...

MUNGKIN peraturan seperti ini sesuai dilaksanakan di negara kita, iaitu kepada mereka yang...

Penjara Seumur Hidup Kerana...

SACRAMENTO - Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh...

Polis Siasat Blog Dakwa...

KOTA KINABALU - Polis Sabah sedang menyiasat penulis sebuah blog yang mendakwa seorang...

Tiada Tempat Boon Heong...

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan mempertimbangkan pemain beregu profesional...

MARA Perlis Disaran Pelopori Industri Baharu

KANGAR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Perlis disaran mempelopori industri baharu yang bersesuaian bagi menghidupkan lagi pembangunan negeri.

Dalam saranannya, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah projek atau program-program berimpak tinggi yang menyasarkan lokasi berpotensi seperti Kuala Perlis yang menyumbang kepada kadar kemasukan pelancong yang tinggi perlu diwujudkan.

“MARA boleh sasar untuk lahirkan sekurang-kurangnya 10 usahawan global dalam bidang baharu yang mempunyai pasaran di peringkat antarabangsa dan juga membantu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MARA Perlis 2017 di ruang legar Pejabat MARA Perlis di sini hari ini.


Turut hadir Pengarah MARA Perlis yang baharu Lukman Hakim Hasan dan bekas Pengarah MARA negeri Zahari Aziz.

Baginda bertitah MARA juga diharap terus membantu melonjakkan prestasi pendidikan negeri Perlis dengan sekurang-kurangnya di tangga ketiga keseluruhan dari segi pencapaian peperiksaan utama di Malaysia. – BERNAMA

Kategori