Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pihak Berkuasa Indonesia Lakukan...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia kini melakukan operasi mencari pesawat Lion Air yang...

Tiada Sejarah Vaksinasi Berisiko...

KUALA LUMPUR - Kadar jangkitan COVID-19 dalam kalangan individu tiada sejarah vaksinasi jauh...

6 Daerah Di Selangor...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah...

Takut Jawab Soalan BN,...

LENGANG... Ketika rakyat marhaen harap kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) lebih...

Masakan Mak Cik Felda Lebih Sedap – Akui Chef Wan

SIAPA tidak kenal Chef Wan malah kehadiran selebriti ini nyata memeriahkan Pertandingan Dapur Masakan Felda sempena Hari Peneroka Felda 2017 peringkat kebangsaan di Putrajaya pada Sabtu.

Acara disertai 35 pasukan dari seluruh wilayah skim rancangan tanah itu jelas menarik minat golongan wanita yang memang tidak dapat dipisahkan daripada dunia dapur selain penggemar masakan tempatan untuk hadir.

Apa lebih menarik ialah Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa dengan nama Chef Wan itu merupakan ketua juri untuk pertandingan tersebut sekali gus semua peserta memang teruja masakan mereka diadili cef popular ini.

Beliau turut sempat merakamkan dengan telefon pintarnya suasana peserta mengambil bahan untuk masakan yang disediakan pihak Felda Saji dan detik permulaan acara itu sebelum berkongsi momen itu menerusi Instagramnya.

Selain itu, pertandingan ini dihangatkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Felda, Tan Sri Shahril Abdul Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang turut melawat acara berkenaan.

Mereka turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dengan juara menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta hamper dan naib johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700 beserta hamper.


Manakala pemenang tempat ketiga pula meraih hadiah wang tunai RM500 beserta hamper. Semasa pertandingan itu, aksi bersahaja Chef Wan yang sibuk meninjau meja setiap peserta turut mencuri perhatian ramai pengunjung.

Beliau ketika ditemui pihak media, mengakui ada juga masakan warga Felda yang menyertai pertandingan tersebut lebih enak daripada dibuatnya sendiri waima pesertanya adalah kalangan berusia atau lazim disebut mak cik.

Malah bagi Chef Wan yang berpengalaman puluhan tahun dalam bidang kulinari termasuk banyak mengembara ke seluruh dunia, makanan tradisional Melayu yang dihidangkan setiap peserta Felda itu juga adalah yang terbaik.

Tidak pasti sama ada beliau berseloroh atau serius, namun Chef Wan turut memuat naik beberapa foto sekitar acara itu menerusi akaun Instagram miliknya untuk dikongsi dengan ribuan peminatnya. – Mynewshub.cc

Kategori