Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Putera Harry, Meghan Tiba...

WELLINGTON – Majlis sambutan bertemakan budaya tempatan menggamit kunjungan Putera Harry dan isteri,...

16 Universiti China Tawar...

KUALA LUMPUR - Sehingga kini sebanyak 16 universiti di China menawarkan pengajian Bahasa...

3 Hari Bayar RM99...

PANAS... Proton Holdings Bhd (Proton) menawarkan bayaran tempahan hanya RM99 bagi model kenderaan...

Najib Yakin Melayu Jadi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkeyakinan bahawa bangsa Melayu...

Mat Rempit Maut Dilanggar Bas Di Kemaman

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki dipercayai mat rempit maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah bas ekspres di KM120, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemanan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam, mangsa, Ahmad Suhrawardi Yusoff Thani, 16, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata bas ekpres berkenaan membawa 22 penumpang dan seorang pemandu gantian dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Johor.

Namun ketika tiba di lokasi nahas, sekumpulan remaja bermotosikal termasuk mangsa yang berada di tepi  jalan  telah  keluar secara  beramai-ramai  dan masuk ke laluan bas tersebut.

Pemandu bas yang berusia 66 tahun itu cuba mengelak  namun terlanggar motosikal yang ditunggang mangsa lalu  terbabas ke dalam  longkang  besar  di kanan  jalan, katanya.

Beliau berkata dua penumpang bas mengalami kecederaan ringan.


Beliau berkata mayat mangsa, yang berasal dari Kemaman, dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat manakala penumpang bas yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Mohd Said berkata pihaknya akan mengenakan tindakan terhadap pemilik motosikal yang ditunggangi mangsa.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu membenarkan mereka yang tidak mempunyai lesen dan cukai jalan menunggang motosikal di atas jalan raya.

“Kita telah mengenal pasti pemilik motosikal berkenaan dan tindakan akan dikenakan kerana membenarkan mangsa menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen yang sah,”katanya. – BERNAMA

Kategori