Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Dulu Propembangkang, Kini G25...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Tokoh Melayu (G25) yang sering memihak kepada pembangkang hari...

Guan Eng Lebih Tahu...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal mengapa Menteri...

Ishak Sentiasa Utamakan Kepentingan...

SEREMBAN - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Allahyarham Datuk Ishak Ismail disifatkan sebagai seorang pemimpin...

PAN Kata Syiah Jadi...

KUALA LUMPUR - Golongan Syiah menjadi mangsa kepentingan politik kerajaan Arab Saudi, dakwa...

Mata Kabur Perlu Cermin Mata Rupanya Kanser Otak

WANITA ini, Stephanie Downing menyangka anaknya memerlukan cermin mata selepas matanya kabur namun tanpa disangka-sangka, anaknya itu, Daniel rupanya menghidap tumor otak dan mempunyai masa hanya beberapa bulan sahaja lagi.

Stephanie hanya mengetahui mengenai berita tragis itu minggu lepas selepas Daniel dirujuk ke hospital oleh pakar mata.

Imbas MRI mendedahkan penyakitnya di mana Daniel menghidap kanser otak yang amat serius dikenali sebagai pontine glioma.

Daniel hanya diberikan masa selama sembilan bulan untuk hidup dan dia perlu memulakan rawatan kimoterapi di Bristol.

Keadaannya itu mendapat simpati ramai malah rakan keluarganya, Bifft Lynch telah memulakan kempen mengutip sumbangan bagi membantu Daniel. Ini kerana Daniel berada dalam senarai menunggu untuk rawatan kimoterapi itu.


Justeru memandangkan tempat tinggalnya agak jauh dari hospital maka keluarganya memerlukan tempat tinggal berdekatan supaya sentiasa dapat bersama Daniel. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan… 

Kategori