Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ular Tedung 10Kg Sorok...

“KETIKA membuka pintu kedai untuk memulakan perniagaan, saya terkejut melihat kelibat ular tedung...

Australia Tempah Slot Final...

IPOH - Juara bertahan Australia menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke final...

Mahasiswa Perlu Berani Teroka...

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyeru para mahasiswa supaya...

Agenda Bumiputera Kini Diangkat...

PUTRAJAYA - Agenda Bumiputera bukan lagi satu agenda nasional, sebaliknya kini sudah diangkat...

Bukan Matlamat Felda Wujud Kumpulan Kaya Raya

ALOR GAJAH – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada awal perencanaannya oleh perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein adalah bermatlamat membasmi kemiskinan dan bukan mewujudkan kumpulan elit yang kaya raya, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Shahir Abdul Samad.

Beliau berkata Felda telah membantu lebih daripada 110,000 orang peneroka dengan 1.2 juta tanggungan yang lain keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Ini adalalah kebijaksanaan Allahyarham Tun Abdul Razak yang berjaya mengangkat sebahagian besar masyarakat kampung dan luar bandar keluar daripada garis kemiskinan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Peringkat Negeri Melaka dan Sambutan Hari Raya yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa Tun Abdul Razak melakukan kesilapan dalam merencana Felda kerana hanya memberikan 10 ekar (4 hektar) tanah kepada peneroka menyebabkan peneroka tidak menjadi jutawan pada satu majlis di Kota Tinggi, Johor semalam.

“Dr. Mahathir lupa bahawa pendekatan Allahyarham Tun Abdul Razak dalam konsep Felda ialah untuk mengangkat seberapa ramai yang boleh keluar daripada kemiskinan dan bukannya untuk mewujudkan satu kumpulan kecil atau elit atau kroni yang kaya raya.

“Kalau untuk wujudkan yang kaya kena bagi seorang peneroka 100,000 ekar ataupun lebih luas daripada 10 ekar,” katanya dan menurutnya jika setiap peneroka diberi 100,000 ekar maka mereka akan kaya tetapi bilangan yang mendapat manfaat adalah tidak seramai hari ini.

“Jika mengikut cara Dr. Mahathir… kroni, kumpulan kecil dan golongan tertentu sahaja yang mendapat faedah daripadanya,” katanya.

Shahrir berkata jika langkah yang ingin diguna oleh Dr. Mahathir tepat, beliau sepatutnya mengunakan kaedah tersebut ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun dahulu.


Beliau turut mempersoalkan kenapa ketika menjadi perdana menteri, Dr. Mahathir hanya memberi tumpuan kepada Kuala Lumpur sahaja dan tidak kepada pembangunan luar bandar serta sektor pertanian.

“Hari ini baru kita dapat lihat hasil usaha daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, (bekas Timbalan Perdana Menteri) Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak apabila pertanian berjaya dijadikan sebagai satu perusahaan yang menyumbang kepada ekonomi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrir berkata pihaknya sedang berusaha menyelesaikan isu pemilikan rumah yang dihadapi oleh generasi kedua Felda.

“Felda sedang giat menyelesaikan masalah ini dengan mengadakan kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membolehkan generasi kedua Felda yang mampu tetapi tidak mempunyai penyata gaji bulanan mendapatkan pinjaman perumahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori