Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Memali: Perlu Kaji Pelbagai...

BAGAN DATUK - Kerajaan perlu meneliti dan mengkaji pelbagai aspek sebelum memutuskan untuk...

Dua Pelancong Ditahan Bergambar...

LIMA - Dua orang pelancong warga Britain dan Perancis ditahan selepas bergambar bogel...

Dakwaan Bawa Masuk 1.5...

PUTRAJAYA - Tanggapan bahawa 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke negara...

3 Remaja Mengaku Salah...

BATU GAJAH – Gara-gara menunggang motosikal dengan cara yang membahayakan orang awam, tiga...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Tanjung Laboh

JOHOR BAHRU – Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemui terapung di perairan Tanjung Laboh, dekat Batu Pahat, hari ini.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Batu Pahat Lt Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata mayat tersebut ditemui nelayan pada 1.05 tengah hari ini.

“APMM Pangkalan Maritim Batu Pahat menerima panggilan telefon daripada seorang nelayan mengenai penemuan mayat di kedudukan empat batu nautika perairan Tanjung Laboh dan sejurus itu, kita menggerakkan sebuah bot peronda ke tempat kejadian untuk mengambil mayat tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Zulkarnain berkata setibanya bot di kawasan yang dilaporkan pada 3 petang, anggota APMM mendapati mayat tersebut adalah seorang lelaki dan tiada pengenalan diri.

Beliau berkata mayat itu yang dibawa ke Jeti Pangkalan APMM Batu Pahat, tiba pada 3.50 petang dan diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.


Katanya APMM akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan di perairan negara dan jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut,

APMM berharap orang ramai memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat 07-4344020. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori