Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lamborghini Lancar SUV Pertama,...

SEBUT sahaja jenama Lamborghini, tentu terbayang barisan model kereta lumba mewah diasaskan di...

Video: Pemain Badminton Denmark...

BUKAN sahaja kehebatannya menumbangkan jaguh badminton dunia buat Lin Dan jadi perhatian, malah kemahiran...

Kaji Semula Beberapa Sistem...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengkaji beberapa sistem subsidi pada tahun depan, kata...

Kes Bunuh CEO Cradle...

PETALING JAYA - Sepasang suami isteri direman empat hari bemula hari ini bagi...

Mayat Seorang Pelajar Lemas Di Dungun Ditemui

KUALA TERENGGANU – Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas di kawasan lubuk sungai Kampung Delong sejak tiga hari lalu ditemui terapung kira-kira 7.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, dijumpai pada jarak dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa kini dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama.

Ahad lalu, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut, Dungun hilang di bawa arus sungai itu kira-kira 6.45 petang selepas dikatakan bermain bola berhampiran sungai berkenaan bersama rakan-rakannya.


Mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai itu untuk mengambil bola yang disepak oleh rakannya sebelum hilang dibawa arus. – BERNAMA

Kategori