Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kecekapan Sistem Kendalian Bagasi...

KUALA LUMPUR – Usaha penambahbaikan sistem kendalian bagasi (BHS) yang selesai di Lapangan...

Penginapan Sementara Pekerja Malaysia...

SINGAPURA - Agensi kerajaan dan persatuan perdagangan di Singapura bersedia membantu majikan tempatan...

COVID-19: KJ Beri Amaran...

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat...

Imigresen Kelantan Kesan 6...

KOTA BHARU – Enam pekerja asing warga Indonesia dikesan menggunakan E-Kad yang dipercayai...

Mayat Warga Indonesia Lemas Ketika Menjala

SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang lemas ketika menjala ikan di Sungai Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor malam tadi dijumpai oleh pasukan bomba dan penyelamat pada petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mayat Hartanto, 34, dijumpai terapung pukul 3.40 petang tadi, kira-kira 200 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam tadi, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan yang terletak berhampiran dengan Universiti Selangor ketika menjala bersama tiga lagi rakannya.


Seorang daripada rakan mangsa kemudian menghubungi talian kecemasan dan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori