Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Pintu Terbuka Untuk Pesara...

KUALA LUMPUR - Peluang masih terbuka kepada guru Bahasa Inggeris yang sudah bersara...

Majalah TIME Cover Najib:...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia...

Persaingan Merebut Jawatan Presiden...

KOTA KINABALU : Pentas masih terbuka untuk mana-mana pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS)...

Ibu Mertua Upah Pembunuh...

RUSIA – Wanita ini layak digelar ibu mertua dari `neraka’ kerana sanggup mengupah...

MB N. Sembilan Nafi Bertanding Di Kerusi Parlimen

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menolak spekulasi bahawa beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu berkata bagaimanapun, beliau akan terus mempertahankan kerusinya di kawasan itu.

“Banyak sangat spekulasi dan ramai mengatakan saya hendak ke kerajaan persekutuan dan bertanding di Parlimen. PRU ke-14 ini saya akan terus bertanding di DUN Rantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 pengunjung pada Majlis Sambutan Hari Raya dan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-60 di Taman College Height, Sikamat dekat sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman College Height, Taslim Khan Kutob Din.


Mohamad berkata sejak beliau menjadi Menteri Besar, cukai tanah dan pintu di negeri ini tidak pernah dinaikkan dan berhasrat mengekalkan langkah itu selagi diberi mandat memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Mohamad turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada 20 KRT DUN Sikamat bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan tahun ini. -BERNAMA

Kategori