Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Letupan Bom Muadzam Shah...

ROMPIN - Polis tidak menolak kemungkinan letupan di sebuah bank di Muadzam Shah...

Tujuh Sekeluarga Maut Nahas...

PERJALANAN tujuh sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri berakhir dengan tragedi yang...

PGA, PSP Guna ‘...

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan...

Kerjasama Rakyat Dengan PBT...

KANGAR - Rakyat Perlis perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjadikan negeri...

Op Selamat: Melaka Catat Sifar Kes Pecah Rumah

MELAKA – Polis Kontinjen Melaka berjaya mencapai sifar kes pecah rumah hasil daripada kaedah pengisian borang balik kampung Op Selamat 11/2017 sempena sambutan Aidilfitri yang berlangsung dari 18 Jun hingga 2 Julai.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abd. Jalil Hassan berkata pada tahun ini, pihaknya menerima sebanyak 1,704 borang balik kampung yang dihantar oleh orang ramai sebelum cuti sambutan Aidilfitri bermula.

“Hasil yang diterima menerusi kaedah ini amat berkesan apabila tiada sebarang kes pecah rumah atau kecurian dilaporan pada 1,704 premis yang menghantar borang balik sepanjang dua minggu cuti Aidilfitri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Melaka hari ini.

Beliau berkata polis telah melakukan sebanyak 2,168 rondaan dengan purata dua atau tiga kali sehari bagi rumah yang menghantar borang balik kampung.

Abd.Jalil berkata walaubagaimanapun terdapat kes pecah rumah berlaku di premis yang tidak menghantar borang balik kampung.

“Kes pecah rumah di premis yang tidak menghantar borang balik kampung pada tahun ini mencatat penurunan daripada 29 kes (2016) kepada 22 kes pada tahun ini,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar mengisi borang balik kampung bagi memudahkan pihak polis melakukan rondaan ketika mereka tiada di rumah dan bercuti di kampung halaman masing-masing.

Mengulas mengenai Op Selamat 11/2017 bagi negeri Melaka, Abd.Jalil berkata jumlah kemalangan jalan raya meningkat 10 peratus iaitu dari 795 kes pada 2016 kepada 875 kes pada tahun ini.

Katanya jumlah kemalangan maut turut meningkat iaitu tujuh kes pada tahun 2016 kepada lapan kes pada Op Selamat tahun ini iaitu dengan peningkatan sebanyak 14.2 peratus, namun demikian jumlah kematian pada tahun ini kekal kepada 10 kematian.


“Jumlah kenderaan terlibat dalam Op Selamat 11/2017 turut bertambah dari 1,692 buah berbanding 1,369 buah pada tahun sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 23.6 peratus,”Katanya.

Abd.Jalil berkata jumlah saman yang dikeluarkan pada Op Selamat 11/2017 turut meningkat iaitu 4,875 saman berbanding 4,813 saman pada tahun 2016, iaitu dengan peningkatan sebanyak 62 saman.

Beliau berkata manakala jumlah kompaun saman menurun daripada RM169,000 kepada RM94,370 bagi tahun ini, menunjukkan bahawa jumlah kompaun saman menurun sebanyak 44.1 peratus.

Dalam perkembangan sama, Abd.Jalil menasihati orang ramai terutamanya pemandu wanita yang memandu kereta secara bersendirian agar lebih berhati-hati ketika berhenti di perhentian lampu isyarat.

“Teknik terbaharu yang dapat kita kesan ialah penjenayah mengambil kesempatan membuka pintu kereta sebelah penumpang atau memecah tingkap cermin kereta sebelah penumpang bagi meragut beg tangan mangsa.

“Saya nasihatkan agar orang ramai meletakan beg tangan di bawah kerusi pemandu ataupun di tempat yang tersorok bagi menidakkan peluang untuk peragut melakukan aktiviti jenayah mereka,” katanya.

Katanya jumlah kes pecah cermin kereta sehingga Jun 2017 ialah 24 kes berbanding 26 kes pada Jun 2016. – BERNAMA

Kategori