Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Digelar Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan selamat 'menyambut'...

9 Mayat Ditemukan Selepas...

GEORGE TOWN - Sembilan mayat ditemukan, empat cedera dan satu lagi masih hilang...

Janin, 2 Kanak-Kanak Antara...

TETELCINGA (Mexico) - Janin dan dua kanak-kanak antara 117 mayat ditemui di dalam...

Sara Tak Layak Menang,...

BERAKHIRLAH sudah rancangan realiti tv, Clever Girl yang penuh kontroversi sejak disiarkan bermula...

Mengapa Ahli Politik Mahir B.Inggeris, Gagap B.Melayu?

KUALA LUMPUR – Warga Britain Muhamed Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali dengan nama glamournya “Mat Dang Pulau Redang” fasih menggunakan dialek Terengganu hanya selepas setahun menetap di negara ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, malangnya masih ada ahli politik di Malaysia “gagap” berbahasa Melayu walaupun selepas berpuluh tahun membesar di Malaysia.

“Kesatuan rakyat Malaysia mesti berpaksikan antaranya menerusi satu bahasa rasmi perantaraan seluruh rakyat Malaysia walaupun apa keturunannya iaitu Bahasa Melayu.

“Menyedihkan sebahagian ahli politik yang “gagap” berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris. Kita boleh perhatikan perkara dalam perbahasan Parlimen, sidang media atau ceramah politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Meskipun tidak menyebut ahli-ahli politik yang dimaksudkan, ramai pihak berpandangan keadaan itu merujuk kepada pemimpin DAP yang ramai tidak mahir berbahasa Melayu termasuk pemimpin tertingginya, Lim Kit Siang.

Mohd. Khairuddin berkata, situasi itu menimbulkan persoalan adakah ahli politik terbabit tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa di Malaysia atau berasa jelik berbahasa Melayu dan bangga berbahasa Inggeris.

“Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu? Saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa,” katanya.


Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut membidas ahli politik yang tidak fasih bahasa Melayu dengan meminta masyarakat tidak memberi ruang kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang kerana akan menghilangkan identiti Malaysia.

Pada 1 Jun lalu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pernah mendesak Kit Siang menjelaskan tempat sebenar beliau dilahirkan supaya seluruh rakyat Malaysia tahu asal usul pemimpin tertinggi pembangkang itu.

Ia ekoran kegagalan Kit Siang bertutur bahasa Melayu dengan baik hingga hari ini dan maklumat wikipedia yang mengelirukan mengenai asal usul beliau. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

Kategori