Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Keputusan PT3 Lebih Baik...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 465,674 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mendapat keputusan hari...

Guan Eng Tuduh MCA...

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng nampaknya terus mengapi-apikan isu perkauman membabitkan kenyataan...

Guan Dee Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Datuk Guan Dee Koh Hoi hari ini mengangkat sumpah jawatan...

Pasca Pandemik: Kadar Penginapan...

GEORGETOWN: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang mencecah hampir 100 peratus buat pertama...

Mengapa Negara Teluk Berat Mulut Kritik Israel

ANTARA tuntutan Arab Saudi dan sekutu anti Qatar yang paling memalukan ialah mendesak Doha memutuskan hubungan dengan Hamas, parti politik Palestin yang menguasai Gaza.

Tuntutan itu antara 13 perkara yang dikemukakan Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain sebagai syarat memulihkan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Selain tiga negara teluk ini, Mesir ikut menyertai pakej konspirasi menentang Qatar pada 7 Jun lalu. Kesannya, semua hubungan diplomatik dengan Doha diputuskan. Malah, laluan udara dan darat yang membabitkan Qatar ikut digantung. yang membabitkan Qatar ikut digantung.

Untuk rekod, Arab Saudi, Bahrain, UAE adalah anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Satu pakatan serantau yang dibentuk pada Mei 1981 bersama Qatar, Kuwait dan Oman. GCC disifatkan kuasa politik dan ekonomi paling berpengaruh di Asia Barat. Kebetulan, semua enam negara anggota mengamalkan sistem monarki.

Justeru, tidak hairanlah GCC mendiamkan diri sejak 14 Jun lalu, ketika Israel mengumumkan kepungan dan perintah menghalang umat Islam menunai solat Jumaat dan memasuki Masjidil Aqsa.

Tindakan Yahudi itu berikutan kejadian pertempuran bersenjata yang menyebab kematian dua polis Israel dan tiga rakyat Palestin. Kejadian berlaku di pekarangan Masjidil Aqsa pada Khamis 13 Jun.

Walaupun Masjidil Aqsa tempat ketiga paling suci umat Islam itu berada di Tebing Barat yang dikuasai parti Fatah, paling suci umat Islam itu berada di Tebing Barat yang dikuasai parti Fatah, Arab Saudi dan GCC mendiamkan diri. Tiada kritikan dikeluarkan terhadap rejim Zionis Tel Aviv.

Persoalannya mengapa?

Jawabannya mudah. Selain Qatar, lima anggota monarki GCC mengambil langkah pro Amerika Syarikat secara ketara sejak Kebangkitan Revolusi Arab 2011.

Sekalipun Revolusi Cedar di Algeria, Tunisia, Libya, Mesir dan Syria itu menentang rejim demokrasi yang mendapat sokongan tentera, negara monarki Arab turut menanggung ketakutan. Ini kerana Arab Spring digerakkan oleh kempen gerakan pro demokrasi tulen tajaan Barat.

Arab Saudi dan sekutu GCC bimbang, sekiranya hubungan pro AS tidak dipelihara, agen CIA akan mengerakkan revolusi yang bermula di utara Afrika ke mediteranean itu, menjangkau sampai ke mediteranean itu, menjangkau sampai ke Negara Teluk.

Malah, sikap Arab Saudi yang sanggup mengetuai kempen anti Iran di Asia Barat juga dianggap tindakan tanda mengikut telunjuk AS bagi menjamin tiada campurtangan Washington dalam reformasi jalanan di rantau Teluk.

Qatar dimusuhi Arab Saudi dan sekutunya kerana tiga sebab. Pertama, Qatar satusatunya negara GCC paling akrab dengan Iran. Kedua, Qatar melindungi pemimpin Ikhwan Muslimin di Mesir yang dianggap AS sebagai musuh. Ketiga, Qatar menyokong Hamas yang dianggap AS dan Israel sebagai pengganas Palestin.

Di Palestin, ada jenaka sarkastik terhadap Arab Saudi dan sekutu GCC.


“Kami hanya menerima bau minyak tanpa sesen pun bantuan daripada negara Arab yang kaya!” Itu jenaka orang Palestin.

“Yang kaya!” Itu jenaka orang Palestin. Di Palestin, Malaysia lebih popular dan dihormati. Polisi Malaysia sejak 1957 sangat jelas: Israel dianggap penjajah dan menduduki bumi Palestin secara haram.

Malaysia konsisten memberikan sokongan dan kekal vokal mengkritik Tel Aviv.

Selain Malaysia, Sweden paling dihormati penduduk Palestin. Stockholm negara terawal menyokong pengisytiharan kemerdekaan Palestin pada 2012.

Ketakutan Arab Saudi dan GCC terhadap pergerakan Hamas Palestin ada kaitan dengan rasa takut pada dasar luar AS.

Sekutu GCC akan sentiasa menyokong AS dengan persefahaman, Washington tidak mengarahkan CIA untuk menggerakkan kempen anti monarki dan mempromosi demokrasi tulen di rantau Teluk.

Begitulah hakikat betapa rendahnya Begitulah hakikat betapa rendahnya maruah Arab Saudi dan sekutu anti Qatar dan Hamas dalam GCC. Maruah kaum monarki yang tidak mempunyai semangat persaudaraan Islam. Rejim monarki hanya menjadikan Islam sebagai topeng kelangsungan kuasa.

Malah, paranoia monarki turut menganggap, media pengkritik seperti stesen Al Jazeera juga adalah musuh yang mesti dihapuskan.

Sebab itu, Israel dibiarkan melakukan apa sahaja. Isu terkini di Masjidil Aqsa adalah bukti; rejim monarki adalah hamba AS.

Untuk rekod, Arab Saudi memiliki pelaburan USD140 bilion di AS. Satu angka yang tidak sampai 20 peratus jumlahnya total pelaburan Arab Saudi di 56 negara dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC).

Ada sebab Palestin membenci sekutu Arab Monarki. Juga ada sebab, kita Arab Monarki. Juga ada sebab, kita menganggap GCC hanya *unta besar yang pentingkan bonggolnya sahaja!*MYNEWSHUB.CC

Kategori