Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Persekutuan Bantu Sarawak Majukan...

KUCHING - Kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, akan membantu...

Perlis Catat Peningkatan Jumlah...

KANGAR - Seramai 1,188 penagih dadah direkodkan di Perlis sepanjang 2015 iaitu peningkatan...

Peruntukan Bertambah, Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM157.8 juta kepada Sabah tahun ini, bagi kerja...

Kerajaan Pertimbang Kenaikan Tambang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang...

Mesin Taip Bagi Kod Rahsia Enigma 1 Dilelong RM200k

BUCHAREST – Sebuah mesin taip bagi menulis kod rahsia pada Perang Dunia Kedua, iaitu German Wehrmacht Enigma I, dibeli pada harga AS$51,617 (RM221,748) dalam sesi lelongan dalam talian oleh firma lelongan Artmark, di sini, semalam.

Mesin taip itu dibeli daripada pemiliknya di sebuah pasar lambak pada harga AS$115 (RM493), sebelum pengumpul barangan antik itu menjualnya semula di Artmark dengan harga permulaan AS$10,300 (RM44,249).

“Seorang pengumpul membeli mesin taip ini di sebuah pasar lambak.

“Beliau adalah seorang profesor kriptografi dan amat mengetahui nilai barang yang dibelinya,” kata pengurus bahan terkumpul Artmark, Cristian Gavrila.

Pakar sejarah berkata, Romania yang juga sekutu Nazi di Jerman hingga 1944 sebelum beralih sokongan kepada pihak bersekutu mungkin memiliki lebih banyak mesin kriptografi tetapi ia gagal ditemui.

Mesin taip Enigma digunakan untuk mentafsirkan kod dan menulis kod pesanan atau mesej yang dihantar oleh pelbagai cawangan tentera Nazi.


Namun, pakar matematik Britain, Alan Turing dan pasukannya dari pusat pemecah kod Britain pada zaman perang, iaitu Bletchley Park berjaya mentafsirkan kod yang dihantar tentera Nazi itu.

Hasil kerja mereka itu berjaya menamatkan perang dalam tempoh dua tahun. – Reuters

Kategori