Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Baharu, Wang Hantaran...

KUALA LUMPUR – Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak secara sinis meminta semua...

Pelancong Wanita AS Cedera...

MARSEILLE - Empat pelancong wanita warga Amerika Syarikat cedera selepas seorang wanita menyimbah...

Agong Simpati Pemergian Muhammad...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan...

Suri Rumah Ketagih Judi...

MERSEYSIDE, Britain – Seorang suri rumah menanggung hutang hampir £45,000 (RM246,398) kerana menggunakan...

Messi Kahwin Kekasih Sejak Zaman Kanak-Kanak

BUENOS AIRES – Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi akhirnya mengahwini kekasihnya sejak zaman kanak-kanak, Antonella Roccuzzo di kampung halaman mereka di Rosario, hari ini.

“Perkahwinan abad ini” tersebut malahan berlangsung agak meriah dengan dihadiri ramai rakan bola sepak dan selebriti undangan termasuk penyanyi pop terkenal Latin, Shakira, menurut laporan media antarabangsa.

Upacara diadakan secara tertutup itu menampilkan kedua-dua pasangan dengan riang gembira ketika berjalan di atas permaidani merah dengan ratusan wartawan berkumpul di kompleks hotel dan kasino di bandar tersebut.

Roccuzzo, 29, tampil dengan gaun putih ala ikan duyung hasil rekaan pereka fesyen Sepanyol, Rosa Clara. Turut hadir ialah ibu bapa Messi iaitu Jorge Horacio Messi dan Celia Maria Cuccitttini serta kakak Messi, Maria Sol Messi.

Shakira dan suaminya, termasuk beberapa lagi rakan karib Messi antaranya Gerard Pique, Neymar dan Luis Suarez, dilaporkan sanggup terbang jauh ke Argentina untuk menyertai 260 tetamu bagi upacara pernikahan itu.

Media Argentina menyifatkan sebagai ‘perkahwinan abad ini’ kepada Rosario, sebuah bandar pelabuhan di utara negara tersebut di mana Roccuzzo pernah bertemu dengan Messi yang ketika itu baru berusia sembilan tahun.


Bekas rakan sepasukan kelab Barcelona di Sepanyol yang kini beraksi untuk Chelsea, Cesc Fabregas juga hadir, termasuk rakan penyerang skuad kebangsaan Argentina, Sergio Aguero yang kini bersama Manchester City.

Messi dan Roccuzzo tinggal di Barcelona namun masih kerap pulang ke Rosario untuk bercuti. Meskipun Messi berpindah ke Sepanyol ketika berusia 13 tahun untuk menyertai Barcelona, pasangan itu terus berhubung.

Messi, 30, menempa nama apabila memenangi anugerah berprestij bola sepak antarabangsa, Ballon d’Or sebanyak lima kali selain pernah menjadi pemain terhebat dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori