ARSENAL boleh menarik nafas lega apabila pemain tengah pasukan itu mendedahkan dia mahu kekal di Emirates.
Mesut Ozil berkata dia akan membincangkan mengenai masa depannya selepas jelajah pra musim pasukan itu di Australia dan China.
“Sudah tentu pilihan saya untuk kekal. Ia merupakan sebuah kelab yang hebat dan saya sentiasa katakan saya ok di Arsenal.
“Sekembalinya ke London kami akan duduk bersama dan berbincang mengenai masa depan saya,” kata pemain berusia 28 tahun itu.
Ozil masih lagi mempunyai kontrak sehingga 2018 bersama Arsenal.
“Buat masa ini perkara paling penting adalah jelajah pra musim dan menjalani latihan dan juga kembali cergas. Apabila saya kembali ke London, kami akan berbincang,” katanya.
Arsenal akan menentang Sydney FC pada Khamis dan Western Sydney Wanderers, Sabtu ini sebelum berlepas ke China. – mStar Online