Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Projek Felcra Jalan Semarak...

KUALA LUMPUR - Projek pembangunan hartanah bercampur di atas tanah milik Felcra Bhd...

Pekerja Maut, Rakan Parah...

BUTTERWORTH - Seorang pekerja maut manakala rakannya parah selepas dihempap gulungan besi di...

Aww.. Nakal, Lampu Bentuk...

SELALU geram dan mudah tergoda melihat punggung wanita? Barang ini mungkin sesuai untuk...

14,345 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 14,345 kes, hari...

Mira Filzah Jadi Model Fesyen Di New York!

WOW! Pelakon Mira Filzah bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat pada 8 hingga 10 September depan.

Menurut Mira, dia akan mewakili fereka fesyen tempatan di sana dan juga akan berada di pentas peragaan demi memperagakan pakaian dari pereka tersebut.

“Alhamdulillah ada beberapa projek yang akan memerlukan saya ke luar negara dan paling saya teruja dapat mewakili sebuah jenama di pertunjukan fesyen di New York. 

“Saya juga diberi peluang untuk memperagakan pakaian jenama yang tak dapat saya sebutkan ketika ini di pertunjukan fesyen itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Mira, dia akan berangkat ke New York pada penghujung bulan ini bagi membuat persiapan sebelum acara tersebut berlangsung.

Dalam pada itu, Mira juga berharap penyertaannya itu dapat membantunya menambah kenalan dan mencari peluang untuk mengembangkan kariernya di sana.


“Saya akan pergi awal untuk jalani penggambaran baju-baju yang akan diperagakan selain ambil peluang untuk berjalan-jalan memandangkan ini kali pertama saya ke negara itu.

“Diharap penyertaan saya ini juga dapat beri pendedahan selain cari kenalan-kenalan baru yang dapat bantu dalam mengembangkan karier seni sana di sana,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori