Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Covid-19: Mesin Dari China...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kit ujian pengesanan antigen dari Korea...

ECRL Jendela Perubahan Ekonomi...

KUANTAN ā€“ Landskap pembangunan ekonomi di Pantai Timur akan melalui fasa perubahan yang...

Hentikan Memfitnah 1MDB –...

PORT DICKSON - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meminta mana-mana...

Sejarah Hooligan 700 Tahun...

KALENDAR bola sepak 2014 tanpa disedari peminat di serata dunia sebenarnya genap ulang...

Setiap Hari Baca Quran, Mizz Nina Akui Kini Lebih Tenang

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna kini berbanding beberapa tahun lalu, Mizz Nina tidak mensia-siakan hidayah yang dikurniakan Ilahi, sebaliknya lebih banyak memantapkan ilmu agamanya.

Sejak berhijab pada tahun 2013 lalu, isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini kini lebih banyak menghabiskan masa hariannya dengan mendalami agama Islam termasuklahĀ menghadiri kelas membaca al-Quran.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 37, ini mengakui hari-harinya semakin bermakna berbanding dahulu.

ā€œTenang rasanya menjalani kehidupan begini. Biasanya setiap pagi saya akan membaca al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula.

ā€œTak dinafikan untuk memulakan sesuatu pasti berdepan dugaan terutama rasa malas tetapi saya paksa juga baca al-Quran dan kini ia dah jadi rutin harian,ā€ katanya.

Bagi melengkapi penghijrahannya, isteri kepada Noh Hujan ini sentiasa memperbaiki diri serta positif dengan kehidupan mendatang.

ā€œSaya percaya tiada istilah terlambat dalam mengenali Allah serta memulakan kehidupan baru yang lebih bermanfaat.

ā€œUntuk melakukan penghijrahan besar dalam hidup bukan mudah. Kita perlu ada kekuatan dalaman serta pendirian yang tetap agar tak menoleh ke belakang,ā€ katanya kepada BH Online.


Lebih mengharukan, Mizz Nina mengakui hanya mempelajari Alif Ba Ta dan Al-Quran pada usia 30 tahun.

Bagaimanapun, dia memberi kredit kepada teman-temannya dalam proses penghijrahannya itu kerana padanya, kawan rapat juga memainkan peranan penting terutama untuk mengingatkan agar melakukan perkara baik dan menghindari perkara negatif.

ā€œSyukur segala-galanya berjalan dengan baik. Untuk berubah kita perlu buang jauh-jauh perasaan malu.

ā€œSekarang, saya masih belajar sebutan ayat al-Quran dengan tepat dan betul,ā€ katanya. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori