Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Syarikat Jepun Hasilkan Patung...

TOKYO - Sebuah syarikat Jepun mengambil inisiatif untuk waris mengenang ahli keluarga mereka...

Mahathir Hadir Pertemuan Pemimpin...

PETALING JAYA - Pimpinan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pagi ini mengadakan...

Lelaki Belanja Lebih RM500,000...

Oh, kami tak tahu apa reaksi Kim Kardashian jika melihat gambar peminat lelaki...

Ternak Lembu Baka Brazil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengambil langkah...

Mohamad Thaqif Meninggal Dunia Akibat Kencing Tikus

KUALA LUMPUR – Punca sebenar kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang menjadi polemik besar dalam kalangan masyarakat negara ini kira-kira tiga bulan terjawab hari ini.

Sebelum ini, pelbagai maklumat disebarkan di media sosial mengenai kematian pelajar itu yang didakwa netizen akibat didera oleh warden asrama hingga menyebabkan institusi tahfiz dikecam dan dicemuh.

Bagaimanapun, laporan Jawatankuasa Khas Siasatan Kementerian Kesihatan yang menyiasat kes tersebut hari ini mengesahkan kematian kanak-kanak malang itu adalah disebabkan oleh penyakit kencing tikus.

Ia berdasarkan keputusan ujian analisis keatas sampel tisu dan darah kanak-kanak itu oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga Jabatan Kimia Malaysia yang diperoleh Kementerian Kesihatan.

Berikut kenyataan penuh Ketua Pengarah Kesihatan berhubung laporan bedah siasat itu:

Kementerian Kesihatan ingin merujuk kepada kejadian pelajar tahfiz yang telah meninggal dunia pada 26 April 2017 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

Proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dilakukan pada jam 6 petang hari yang sama. Beberapa sampel tisu dan darah telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

Susulan daripada kejadian tersebut juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Jawatankuasa ini terdiri daripada Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan didapati pelajar tahfiz tersebut meninggal dunia disebabkan oleh penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.

Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (Purpura Fulminans)dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi.


Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
10 Julai 2017

Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi itu disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail kira-kira pukul 2.05 petang, pada 26 April 2017.

Allahyarham sebelum itu menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Dia yang mengalami kemerosotan kesihatan sejak dibawa keluar dari madrasah tahfiz itu, 31 Mac lalu bukan hanya kehilangan kedua-dua belah kakinya, malah dijangkiti kuman di tangan kanan, darah beku di tangan kiri selain sebelum ini kegagalan buah pinggang berfungsi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori