Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Tergempar Dihadiri Ahli...

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat tergempar diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato...

Mark Zuckerberg Ambil Cuti...

PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg mengambil cuti dua bulan bagi menyambut kelahiran anak perempuannya...

PM Dikunjungi Menteri Pertahanan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Akhirnya.. ‘Mat Sabu &...

AKHIRNYA, setelah beberapa bulan menimbulkan spekulasi berkenaan penubuhan parti baru oleh pemimpin 'terbuang'...

MRT Fasa 2 Mula 4 Petang 17.07.17, Bukan 17:17:17

KUALA LUMPUR – Fasa kedua laluan Transit Aliran Massa (MRT) antara Muzium Negara di sini ke Kajang, Selangor dijangka beroperasi sepenuhnya bermula pukul 4 petang pada Isnin ini.

Ia sekali gus menepis ‘cakap-cakap nakal’ yang tersebar dalam kalangan netizen tempatan konon pelancaran laluan MRT itu bakal bermula pada pukul 17:17:17 atau 5.17 petang bersempena dengan angka unik tarikh 17.07.17.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman namun berkata, pengguna berpeluang merebut peluang menaiki pengangkutan awam itu selepas pelancaran rasmi.

“Bagaimanapun hubungan stesen MRT Fasa Pertama laluan Sungai Buloh-Semantan dan Stesen Intergrasi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, Sri Petaling dan Ampang akan dibuka bermula 6 pagi hari berikutnya.

“Operasi ini bakal dijalankan selepas pelancaran rasmi yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada hari yang sama,” kata Zohari dalam satu kenyataan dikeluarkan pihak MRT di sini.

Dengan jajaran keseluruhan 51 kilometer, ia merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah serta berintegrasi Laluan LRT di stesen Pasar Seni, Maluri dan Merdeka yang berintegrasi stesen LRT Plaza Rakyat.


Jajaran baharu tersebut turut mempunyai kemudahan sambungan laluan khas dengan rangkaian sistem LRT, monorel, KTM dan ERL di Stesen Muzium Negara, yang dihubungkan terus dengan stesen KL Sentral.

Zohari berkata, serentak dengan pembukaan Fasa Kedua Laluan MRT, perkhidmatan bas perantara untuk stesen yang baharu turut dimulakan, sekali gus meluaskan liputan Rapid Bus Sdn. Bhd. kepada 23 laluan tambahan.

“Sebanyak 100 bas perantara tambahan disediakan untuk hubung penduduk di beberapa kawasan perumahan dan komersial yang berhampiran dengan 12 buah stesen MRT terpilih,” jelasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

Kategori