Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tasik Kenyir Kekal Pusat...

KUALA BERANG – Status Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai tidak akan menghalang...

Kenapa Pemimpin MCA, MIC,...

ANEH... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini adil ke tidak? Hairan juga kenapa...

Hospital LA Bayar RM71,540...

LOS ANGELES - Sebuah hospital swasta di California, Amerika Syarikat (AS) sanggup membayar...

Empat Sekeluarga Maut Dalam...

IPOH – Empat individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer...

MRT SBK: Ketelusan, Integriti Tidak Dikompromi

KUALA LUMPUR – Ketelusan, urus tadbir yang baik serta integriti tidak sesekali dikompromi dalam pelaksanaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bagi memastikan projek berkenaan mempunyai tahap ketelusan dan integriti yang baik, wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menjadi anggota exco projek MRT.

“Struktur yang baik dari segi urus tadbir atau governance, pembiayaan, sistem tender yang telus mahupun implementasi, dengan nyata telah menjadi faktor-faktor yang membawa kejayaan kepada projek MRT,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai impak sistem pengangkutan MRT yang dapat dibangunkan tanpa melibatkan sebarang perjanjian konsesi serta kejayaan menyiapkan projek itu dengan kos lebih rendah berbanding  sasaran awal.

Najib berkata projek MRT SBK yang dapat disiapkan menepati jadual, dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion daripada kos pembinaan projek, adalah contoh terbaik atau ‘success story’ untuk projek yang dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan bukan menggunakan konsesi.

Najib berkata terdapat banyak kelebihan apabila kerajaan membangunkan sesuatu projek infrastruktur terutama projek pengangkutan awam dengan menggunakan modul pembiayaan langsung, antaranya dapat mengawal dan mengawasi  projek  dengan lebih ketat dan rapi dengan menggunakan struktur yang baik.

Bagi struktur urus tadbir projek MRT, terdapat Jawatankuasa Eksekutif atau Exco Projek MRT yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dengan ahli-ahli adalah daripada agensi kerajaan yang terlibat dengan pembangunan projek MRT, kata Najib.

Menerusi exco itu, Najib berkata perkara-perkara berkaitan peruntukan atau kekangan yang menghalang kemajuan projek akan dapat diputuskan dan diselesaikan segera.

“Amalan ini akan diguna pakai dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan yang lain bagi memastikan implementasi yang cekap bersandarkan ketelusan dan integriti dengan birokrasi yang minima,” katanya.

Najib berkata struktur implementasi projek yang diguna pakai untuk projek MRT SBK iaitu dengan pelantikan  Rakan Pelaksana Projek atau Project Delivery Partner (PDP) turut menjadi faktor kejayaan projek berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang), yang mahu kerajaan menjelaskan kepada rakyat berhubung kos keseluruhan projek MRT termasuk perbelanjaan tambahan dibayar kepada PDP dan kos pengambilan tanah, perdana menteri berkata beliau akan meminta pihak MRT untuk menjelaskan hal itu untuk pengetahuan rakyat.


Bagaimanapun, beliau berkata segala pembiayaan projek MRT SBK berkenaan adalah melibatkan kos yang munasabah dan dilaksanakan mengikut kaedah yang telus.

Kepada soalan Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa projek itu suatu pembaziran, Najib berkata ia sekadar pendapat politik mereka.

“Tapi hakikat di hati rakyat dan di sisi rakyat, projek ini memang memberi manfaat yang besar,” katanya.

Najib berkata  sepanjang proses memastikan projek MRT itu disiapkan mengikut jadual, pihak MRT Corp tidak pernah mengabaikan kesulitan dan ketidakselesaan mana-mana pihak yang terkesan sepanjang jajaran projek itu.

Perdana menteri berkata beberapa kemudahan dan infrastruktur telah ditambah baik termasuk  jalan-jalan utama di Kajang seperti Jalan Cheras dan Jalan Reko dengan penambahan daripada dua lorong kepada empat lorong dan penurapan  semua jalan bagi keselesaan pengguna jalan raya.

Katanya pembinaan hentian bas perantara dan teksi turut diberi perhatian untuk keselesaan pengguna.

Najib berkata rakyat di Lembah Klang yang tidak mempunyai jajaran laluan MRT di kawasan mereka perlu memanfaatkan penggunaan perkhidmatan kira-kira 300 bas perantara yang disediakan selain meletakkan kenderaan di Park n Ride. – BERNAMA

Kategori