Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Heret Penumpang Viral: CEO...

BERIKUTAN kemarahan orang ramai berhubung tragedi seorang penumpang diheret keluar dengan mulut berlumuran...

Pengantin Terlewat, Pernikahan Yatt...

SHAH ALAM: Hampir dibatalkan akibat kelewatan pasangan pengantin, pelakon Yatt Hamzah selamat dinikahkan dengan...

Ameer Forteen Selamat Bergelar...

“DEBARAN nak naik pelamin sangat berbeza. Rasa berdebar ketika hendak membuat persembahan nyanyian...

Kenapa Lebihkan Paris, Abaikan...

SEMENTARA bangunan-bangunan utama di beberapa negara di seluruh dunia dihiasi dengan lampu limpah...

Nabila Razali Sengaja ‘Berdrama’ Di Instagram

SERING memuat naik kapsyen seperti sedang mengenali seseorang di media sosial, penyanyi dan pelakon Nabila Razali memberitahu dia sengaja mencipta ‘drama’ tersebut tetapi bukan kerana mahukan perhatian.

Menurut Nabila, dia berbuat demikian kerana ingin memudahkan peminat memahami cerita di sebalik lagu terharunya, Pematah Hati.

“Sebenarnya saya cuba cipta drama di media sosial untuk memudahkan mereka memahami maksudnya apabila mendengar lagu terbaharu, Pematah Hati.

“Apabila mereka membaca kapsyen saya di Instagram, barulah senang untuk mereka tahu cerita disebalik lagi tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Nabila, terdapat beberapa kapsyen yang dimuat naik mempunyai kaitan dengan kisah cintanya yang sudah berakhir beberapa bulan lalu.

“Saya memang tengah patah hati selepas putus cinta dengan seseorang. Hubungan kami hanya bertahan selama enam bulan dan sudah berpisah beberapa bulan lalu.


“Saya masih berasa sedih tetapi ia tidak bermaksud saya perlu meratapinya setiap masa. Saya dan dia putus degan cara yang baik,” katanya.

Walau bagaimanapun, Nabila berkata dia masih membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki yang ingin mendekati dan mengenalinya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori