Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Filipina, Indonesia Kerjasama Perangi...

MANILA - Filipina dan Indonesia sepakat untuk bekerjasama rapat bagi memerangi kumpulan pengganas...

Najib Perjelas Rasional Lebuh...

BINTULU - Kerajaan persekutuan memberi jaminan Lebuhraya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol...

Nahas Maut: Kes Drebar...

JEMPOL - Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 Sept depan sebagai tarikh...

Akta Hasutan Akan Dimansuhkan

PUTRAJAYA - Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan...

Najib Beli Minuman Karnival Ekspresi Felda Negaraku

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib meluangkan masa meninjau Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan yang bermula hari ini di Dataran Putrajaya.

Dalam catatan Facebook KPkopies yang dikongsi di laman Facebook Najib Razak, perdana menteri kelihatan singgah di sebuah trak minuman dan memesan kopi.

KPkopies adalah sebahagian peniaga trak makanan yang menjalankan perniagaan di Presint 3 bersempena penganjuran tiga hari karnival tersebut.

Dalam perkongsiannya di Facebook, KPkopies memaparkan empat keping gambar perdana menteri di trak makanan miliknya sedang memesan minuman.


Dalam berkongsi catatan KPkopies itu, Najib menulis “Sedap kopi tadi!”.

Dijangkakan lebih 50,000 pengunjung hadir ke karnival tersebut sehingga Ahad ini yang dimeriahkan dengan jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana, program ‘Meneroka Felda Bersama Upin dan Ipin’ serta kaunter bergerak pelbagai perkhidmatan. – BERNAMA

Kategori