Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 59...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

2 Maut, Kereta Api...

MILAN - Dua pemandu kereta api laju maut manakala dua lagi cedera selepas...

Kejadian Mencuri Meter Air...

KULIM - Penduduk di beberapa taman perumahan di sini kini resah dengan kejadian...

Lelaki Disyaki Anggota ‘Geng...

KLANG - Seorang lelaki warga tempatan disyaki anggota kumpulan gengster 'Geng 18' ditembak...

Najib, Rosmah Hadir Majlis Sambutan Aidilfitri JPM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Beliau meluangkan masa sejam pada majlis bertemakan “Aidilfitri@Negaraku” itu yang dihadiri kira-kira 5,000 warga JPM, jabatan dan agensi-agensi di bawah JPM.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, menteri-menteri di JPM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Selain 12 gerai makanan pelbagai menu yang disediakan pejabat anggota pentadbiran, jabatan dan agensi di bawah JPM, majlis itu turut dimeriahkan dengan pertandingan gerai terbaik, pertandingan JPM Idol dan persembahan artis jemputan.


Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan sumbangan kepada 30 kanak-kanak taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Permata JPM. – BERNAMA

Kategori