KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam ini memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan (Mindef) yang diadakan di perkarangan padang kawad kementerian itu di sini.
Ketibaan Najib dan Rosmah pada 8.45 malam disambut Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Kira-kira 10,000 orang tetamu termasuk warga Mindef juga menghadiri majlis itu.
Pada majlis itu, Najib turut diraikan sempena ulang tahun beliau ke-64 semalam. – BERNAMA