Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lagi Kes Nombor Plat...

Semalam kami ada siarkan kisah dua kereta miliki plat pendaftaran sama. Hari ini, satu lagi cerita...

Buruh Dipenjara 2 Bulan,...

KUALA LUMPUR - Akibat menceroboh masuk ke dalam sebuah surau di sini, Ahad...

KPDNKK Alukan Kerjasama Francais...

JOHOR BAHRU - Kerajaan sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat francais tempatan yang berminat untuk...

Malaysia, ASEAN Desak Myanmar...

PUTRAJAYA - Presiden Burmese Rohingya Organisation United Kingdom (BROUK), Tun Khin menggesa Malaysia...

Najib Sertai Solat Jenazah Anak Tun Dr Ismail

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah Allahyarham Zailah Ismail, anak perempuan bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

Beliau tiba kira-kira 1.20 petang dan disambut anggota keluarga serta jemaah sebelum menunaikan solat sunat dua rakaat, mendengar khutbah dan seterusnya menunaikan solat Jumaat yang dipimpin Imam masjid Mohd Fadlullah Mohd Nor.

Najib kemudian menunaikan solat jenazah dan bersama-sama membacakan doa agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Perdana menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor beredar meninggalkan masjid ttu kira-kira 2.20 petang.


Sementara itu, Mohd Tawfik Tun Dr Ismail, 66, memberitahu adiknya meninggal dunia kerana kanser di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 4.30 pagi tadi.

Jenazahnya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Allahyarham Zailah, 64, meninggalkan empat anak – Tariq Ismail Mustafa 38, Yassif Nagim, 36, Kamariah Shakirin, 34 dan Ismail Iskandar Wildan, 27. – BERNAMA

Kategori