Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jalur Gemilang Berwarna Hitam,...

SHAH ALAM - Pengerusi Country Height Holding Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew...

Menantu Pecahkan Gelas, Mentua...

SEORANG wanita terkejut apabila menerima bil yang dihantar oleh mentuanya sendiri selepas dia...

Kerajaan Teliti Cadangan Hadkan...

KUALA LUMPUR - Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai...

Bina Tembok Ganti Pagar...

KANGAR - Kerajaan Perlis mahu Kerajaan Pusat membina tembok menggantikan pagar sempadan Malaysia/Thailand,...

Najib Terima Kunjungan Hormat MCCC

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) di pejabat perdana menteri di sini.

Dalam pertemuan itu, Presiden MCCC Tan Yew Sing memperkenalkan Presiden Kehormat MCCC Tan Sri Lim Soon Peng dan barisan anggota MCCC kepada Najib.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan China.

MCCC, sebuah badan bukan kerajaan, dianggotai persatuan perniagaan persendirian dan pelbagai kaum, bermatlamat menggalakkan interaksi, kerjasama dan pembangunan perdagangan, pelaburan dan bidang lain dalam perindustrian serta perdagangan antara Malaysia dan China selain melindungi kepentingan anggotanya.


MCCC mempunyai sembilan cawangan masing-masing di Melaka, Perak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Pahang.

Pada masa ini, MCCC mempunyai lebih 1,800 anggota korporat, meliputi perdagangan, pekilangan, kewangan, pertanian, hartanah, pelancongan, pendidikan, perundingan dan industri lain. – BERNAMA

Kategori