KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-94, semalam.
“Tahniah Khairul Hafiz berjaya pecah rekod kebangsaan acara 200m di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dipegang Tan Sri Dr M Jegathesan selama 49 tahun, ” ucap Perdana Menteri menerusi catatan di Twitternya, hari ini.
Pada malam tadi, pelari berusia 18 tahun dari Melaka itu mencatatkan masa 20.90s pada pusingan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil memecahkan rekod 20.92s milik Jegathesan yang dicatatkan pada Oktober 1968 di Sukan Olimpik Mexico. – BERNAMA