Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah 4 Remaja Ditemui...

JOHOR BAHRU - Jenazah empat remaja yang ditemui mati di dalam kereta di...

Remaja Tular Pukul Ibu...

MUHAMMAD Shukrey Mohammad Nasir, 15, yang memukul ibunya menggunakan tangan sehingga videonya tular...

Polis Tahan 5 Lelaki...

SHAH ALAM - Polis menahan lima lelaki yang disyaki memecah dan melarikan mesin...

3 Lagi Pati Lemas...

Kota Tinggi : Tiga lagi mangsa lemas ditemui, manakala tiga lagi pendatang asing...

Nama Blok ‘Harapan’ Bakal Ditolak RoS – Chegubard

ALAHAI… Perkataan ‘Harapan’ yang digunakan blok empat parti pembangkang bagi menggantikan nama Pakatan Rakyat sebelum ini ternyata bakal menjadi ‘mimpi buruk’ buat mereka sendiri!

Ini termasuk kemungkinan besar permohonan untuk mendaftarkan blok tersebut akan ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana sudah ada beberapa organisasi siasah tempatan yang turut menggunakan nama Harapan.

Perkara itu didedahkan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan ahli seumur hidup parti itu yang dipecat, Badrul Hisham Shaharin sambil anggap pengumuman logo baharu Pakatan Harapan (PH) sebagai buang masa.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard malahan menjelaskan bahawa kemungkinan besar logo bertulis ‘Harapan’ dengan latar berwarna merah itu akan ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) mentah-mentah.

“Mesyuarat panjang rupa-rupanya hanya hendak umum logo. Ermm ini kerja buang masa bahkan PH tidak akan diluluskan sebab di Sabah pun sudah ada sebuah parti dengan nama Harapan Rakyat dibuka oleh Lajim Ukim.

“Begitu juga, ada Parti Harapan Malaysia yang sudah dihantar permohonannya oleh aktivis Zamil Ibrahim kepada pihak RoS jauh lebih awal,” ujar Chegubard dalam satu kenyataan beliau menerusi akaun laman sosial Facebook.

PH semalam mengumumkan logo baharu mereka setelah tiga logo buruk yang dicadangkan sebelum ini dikutuk teruk netzien sebagai usaha blok itu untuk menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Turut diumumkan ialah kepimpinan PH dengan tiga bos iaitu Anwar Ibrahim menjadi ketua umum manakala isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden dan Mahathir Mohamad pula pengerusinya.


Mengulas lebih lanjut, Chegubard menambah, ‘orang bodoh’ pun boleh fikir pihak RoS akan menolak pendaftaran nama PH kerana telah jelas ada perkataan Harapan yang memang sudah lama digunakan oleh parti berdaftar lain.

“Sama ada depa (mereka) ini bebal (bodoh) tidak faham atau hendak tipu diri sendiri, lepas ni gaduh kata RoS konon sengaja tidak lulus tapi depa sendiri yang buat kerja sia-sia,” ujar beliau lagi dengan nada cukup sinis.

Mengulas mengenai struktur kepimpinan baharu PH, Chegubard juga menyindirnya: “Anwar penasihat, Mahathir ketua. Mahathir yang jadi PM ketujuh dan konon akan keluarkan Anwar dari penjara untuk jadi PM kelapan.

“Hahaha percayalah!” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori