Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aib! Gadis Bertudung ‘Dicabul’...

HARI ini, isu paling gempar yang hangat diperkatakan adalah perkongsian gambar dan video menyedihkan...

Dilanggar Bekas Isteri, Suami...

SUAMI pelakon Maria Farida, Datuk Rahman Shakur mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap...

KKM Beri Rawatan Terbaik...

GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan akan memberi rawatan terbaik kepada 30 orang mangsa...

Malaysia Pantau Serangan Kubu...

KUALA LUMPUR - Malaysia memantau rapat serangan tentera bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat...

Netizen Kecam Janna Pasal Review Filem Dunkirk

BARU-baru ini pelakon Janna Nick mendapat kecaman dari penonton kerana menyuarakan pendapatnya tentang filem terbaharu arahan Christopher Nolan, Dunkirk.

Menerusi akaun Instagramnya, Janna memuat naik satu posting di mana dia menyatakan filem tersebut tidak menepati citarasanya dan dia juga meminta agar penonton mengelak dari menonton Dunkirk. 

“Saya tengok cerita Dunkirk dah nak habis dah. Saya tengok cuba digest sampai saya rasa saya macam kebodohan teruk.

“Lepas tu saya decide untuk tidur saya bangun tidur sambung tengok lagi tapi masih buntu.

“So saya tak mahu bagi bintang dekat cerita ini. Kalau boleh elakkan tengok,” tulisnya di Instagram.

Rata-rata peminat berkata Janna tidak layak menonton filem tersebut dan lebih sesuai menonton drama Melayu yang sesuai dengan pemikirannya.

“Aku tak boleh hadam bila Janna Nick kabo dia bosan tengok Dunkirk. Hang pelakon kut,” tulis @SivFreak

Ada juga netizen yang melihat kritikan yang dilemparkan kepada Janna terhadap filem tersebut adalah tidak berasas sama sekali, kerana dia tidak menonton filem itu dari awal hingga penamatnya, seperti kebiasaan yang dilakukan seseorang sebelum memberi review tentang sesuatu naskhah filem itu.

“Masalah mentaliti yang tak dapat dibendung. Filem macam tu dia kata bosan, habis nak tengok filem Melayu je ke?,” tulis @Sofee99


“Janna sepatutnya tahu harga dan nilai Dunkirt, sedih bila tengok komen macam tu dari seorang pelakon,” tulis @ahmadahmad

“Aku faham itu cuma pendapat, tapi bila nak komen, biarlah nampak macam berakal dan matang. Peace yoww!,” tulis @Adnn_luvy

Selepas menerima kecaman yang teruk, Janna tampil meminta maaf dan dan berkata setiap orang mempunyai pendapat tersendiri.

“Orang tunggu je aku buat salah sikit. Tak apa, tak kanlah tak ada salah langsung. Saya minta maaf ye semua.

“Nanti saya tengok cerita itu sampai habis,” tulis Janna di akaun Twitter miliknya. –MYNEWSHUB.CC

Kategori