Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Proses Geologi Berangkai Punca...

PUTRAJAYA: Banjir puing yang berlaku di 12 kampung di daerah Baling awal bulan...

Rafiq Lepas Jawatan Pengerusi...

Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN)...

Pesakit Buah Pinggang Digalak...

KUALA LUMPUR - Pesakit buah pinggang terutamanya di kawasan pedalaman digalak melakukan sendiri...

Timang Anak Kedua: Aeril...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang selamat...

Nicki Minaj Minta Rakan ‘Derma’ Sperma

RAPPER terkenal Nicki Minaj rupanya ada menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu dan dia sudah memikirkan seseorang yang boleh membantunya.

Menerusi laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat memberitahu penyanyi yang popular dengan lagu Anaconda itu tidak akan berkahwin dalam masa terdekat tetapi dia tetap mahu menjadi seorang ibu.

“Sudah tentu Nicki Minaj belum lagi hamil tapi dia memang mahu anak dengan cepat sementara masih muda.

“Tapi mungkin dia tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Cuma dia tidak mahu perkara tersebut menghalang dia meneruskan impian untuk menjadi ibu.

“Baru-baru ini, Nicki berkesempatan memegang bayi rakannya dan sejak daripada itu dia rasa tidak sabar mendukung bayi sendiri,” kata sumber itu.


Menurut sumber itu lagi, Nicki berkemungkinan besar akan meminta pertolongan daripada rakan baik dia yang juga seorang rapper iaitu Nas untuk mendermakan spermanya.

“Dia ada terfikir idea untuk meminta pertolongan daripada Nas. Nicki rasa bayi mereka akan memiliki bakat yang besar dan dia tidak boleh memikirkan sesiapa selain Nas,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori