KUALA TERENGGANU – Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika memancingĀ pada Ahad lepas, ditemui selamat.
Pengarah Maritim Wilayah Timur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Mamu Said Alee Ā berkata Suhaimi Muhamad, 41, ditemui sebuah bot nelayan Vietnam di perairan sempadan Malaysia -Vietnam pada RabuĀ lepas.
“Mangsa yang hanyut ditemui sekumpulan nelayan Vietnam pada RabuĀ dan semalam kita mendapat pengesahanĀ daripada pihak berkuasa Vietnam bahawaĀ mangsa adalah individu yang dicari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, SuhaimiĀ dilaporkan tergelincirĀ dariĀ bot sebelumĀ dihanyutkan arus deras ketika memancing bersama 10 orang lagi rakannya kira-kira 65 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Mamu berkataĀ mangsa dilaporkanĀ akanĀ dibawaĀ kumpulan nelayanĀ berkenaan ke PelabuhanĀ Vung Tau, Vietnam dan dijangkaĀ tibaĀ di pelabuhan ituĀ padaĀ AhadĀ ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telahĀ menghubungiĀ WismaĀ PutraĀ untuk urusan membawaĀ pulangĀ mangsa ke Malaysia.
Katanya,Ā ekoranĀ penemuan itu, APMMĀ telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada tengah hari semalam.
Katanya,Ā sebanyakĀ 90 anggota dan pegawai terlibat dalamĀ operasiĀ SAR berkenaanĀ melibatkan asetĀ antaranya KM Jujur, KM Nusa dan sebuah Pesawat udara Bombardier CL415MP. – BERNAMA