Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiga Suspek Kes Bunuh...

SHAH ALAM - Dua lelaki dan seorang wanita ditahan polis dalam tiga serbuan...

KKM Nafi Berlaku Kekasaran,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan berlaku sebarang kucar-kacir atau kekasaran ketika menjalankan...

Pemancing Hilang, Bot Karam...

LABUAN - Seorang pemancing dilapor hilang dipercayai akibat botnya karam di perairan Semarang...

Sidang Dewan Rakyat: Speaker...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof...

Norman Buat ‘Surprise’ Untuk Abby Sempena Ulang Tahun

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita sedih tentang keguguran kandungan Abby Abadi yang baru menjangkau lima bulan.

Pelakon Norman Hakim juga turut melahirkan rasa simpatinya meskipun telah lama berpisah dengan bekas isterinya itu. Namun, beberapa hari lepas pelakon ini telah membuat satu kejutan buat bekas isterinya itu.

BACA: Norman Hakim Sebak Dapat Tahu Abby Keguguran

Norman hadir bersama isterinya, Memey Suhaiza dengan membawa sebiji kek ke kediaman Abby dan suaminya, Mohamad Faizal bagi menyambut ulang tahun perkahwinan pasangan itu.

Memetik laman Instagram (IG), Abby Abby memuat naik satu video yang menunjukkan Norman hadir bersama Memey untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya yang kedua.

BACA:

Instant Aufa BBC, Tudung Patuh Syariah Pilihan Anda!

Menerusi kapsyen posting itu, Abby berterima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan itu dan mengakui berasa segan saat diraikan.

Berikut adalah perkongsian Abby di laman Instagram:

“Terima Kasih ‘CINTA’ 
Untuk segalanya..Kau berikan lagiiiii kesempatan ini… 

Sy malu dan tak suka diraikan 
Mohon @normanhakim_786 & @memeysuhaiza 
Jangan buat lagi 
Apapun ‘Tengkiuuuuu’ hehe 


Oman & Memey 
Memang diciptakan utk bersama 
Sy pinjam dulu 
Sebab masa tu Memey kecik lagi hahahahaa 

Suamiku @jaiezzany muahciked 
Doa bagi jadi trip kita ke Koh Sa mui k hehehe #AsyikNakBerjalanJeKerja #PantangLaAbbyyyyyOoiii “

Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa Norman sebenarnya memang tercipta untuk Memey tetapi sebelum ini dia hanya meminjamnya untuk sementara.

Meskipun telah lama berpisah namun ukhwah antara kedua pelakon ini masih erat terjalin. Ini kerana kehidupan mereka dilimpahi kasih sayang yang tidak pernah surut.

Norman dan Abby Abadi pernah berkahwin namun bercerai pada tahun 2008.  Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Danish Hakim, Marisa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura 

SHARE:

http://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/norman-buat-surprise-untuk-abby-sempena-ulang-tahun/

Kategori