Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tunaikan Janji Lama Sebelum...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengingatkan anggota barisan Kabinetnya...

Harga Ikan Kembong Cecah...

ALOR SETAR - Akibat kekurangan bekalan susulan berlaku peralihan angin monsun timur laut,...

Cuaca Buruk Berterusan Di...

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga...

Kadar Dividen 5.70 Peratus...

KUALA LUMPUR - Kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016 yang diisytiharkan Kumpulan Wang...

Nur Dhabitah Gagal Raih Pingat 3m Papan Anjal Individu

KUALA LUMPUR – Penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di kedudukan ke-10  dalam acara 3m papan anjal individu wanita  di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary  awal pagi ini.

Dalam saingan akhir yang berlangsung di Duna Arena itu, Nur Dhabitah hanya mengumpul 292.35 mata berbanding pemenang pingat emas Shi Tingmao dari China yang mencatatkan 383.50 mata.

Pingat perak dan gangsa acara yang disertai 12 penerjun keseluruhan itu masing-masing diraih oleh Wang Han juga dari China (359.40) dan Jennifer Abel dari Kanada (351.55).

Terdahulu pada saingan separuh akhir,  seorang lagi peserta Malaysia, Ng Yan Yee terlepas peluang beraksi di peringkat akhir dengan perbezaan hanya 4.35 mata di belakang peserta Afrika Selatan, Julia Vincent selepas mengutip 285.30 mata dan berada di kedudukan ke-13. – BERNAMA

Kategori