Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ujian Saringan Meningkat Susulan...

KUALA LUMPUR - Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia Oktober lepas, semakin ramai melakukan...

Cinta Sejati, Lelaki 73...

CINTA itu buta. Mungkin bagi sesetengah orang ia hanyalah satu pepatah tetapi bagi...

GST, SST, Bahan Api,...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dijangka mengadakan perbincangan lanjut berkenaan subsidi...

Muar Sesak Petanda Baik...

MUAR : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keadaan bandar...

Op Cantas Khas: Seramai 70 PATI Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam Op Cantas Khas di Pasar Borong Selayang dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dalam operasi empat jam bermula 11 malam tadi, polis menahan 60 lelaki dan 10 wanita Indonesia, Myanmar, Bangladesh serta India.

“Dalam operasi itu, kita turut menahan seorang lelaki warga tempatan kerana membenarkan imigran haram tinggal di rumahnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.


Op Cantas Khas itu melibatkan 200 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan IPD Gombak.

Fadzil berkata penahanan PATI adalah antara usaha mengurangkan masalah sosial dan jenayah selain mengurangkan kebimbangan masyarakat setempat. – BERNAMA

Kategori