Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Ahli Parlimen PKR Dipanggil...

ALKISAH tidak serik atau sengaja cari penyakit berkongsi apa yang kita tidak tahu...

Denmark Pengeksport Terbesar Sperma...

COPENHAGEN - Sebuah syarikat terkenal Denmark mencipta rekod tersendiri apabila mendedahkan ia sudah...

Lelaki Cetus Panik Di...

MIRI - Akibat tekanan perasaan seorang lelaki menimbulkan kekecohan di sebuah hotel enam...

Jadi Pelabur Bijak, Perolehi...

SIAPA yang tidak mahu jika simpanan mereka mencecah hingga RM100 ribu dalam tempoh...

Operasi Mencari Mangsa Lemas Di Dungun Diperluas

KUALA TERENGGANU – Operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar tingkatan dua yang dikhuatiri lemas di kawasan lubuk Sungai Kampung Delong, Dungun diperluaskan sehingga jarak tiga kilometer.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Ahmad Zailani Yaacob berkata operasi yang memasuki hari kedua hari ini turut menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Namun sehingga kini kita tidak menemui sebarang petunjuk untuk mengesan mangsa walaupun kawasan pencarian telah dipertingkat dengan bantuan anjing pengesan.

“Selain pencarian di air pasukan penyelamat turut melakukan pencarian di sepanjang pesisir sungai,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Semalam mangsa Che Wan Haziq Haikal Che Wan Othman, 14, dipercayai lemas, kira-kira 6.45 petang selepas dikatakan bermain bola berhampiran sungai berkenaan bersama rakan-rakannya.


Mangsa, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut, Dungun itu dikatakan terjun ke dalam sungai itu untuk mengambil bola yang disepak oleh rakannya sebelum hilang dibawa arus.

Ahmad Zailani dalam pada itu berkata operasi yang bersambung kira-kira pukul 8 pagi tadi melibatkan 47 kekuatan terdiri daripada polis, bomba, pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, anggota Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung. – BERNAMA

Kategori