Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Video Pre-Wed.. Sharifah Sakinah...

MEMANG unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the...

Johor Cadang Tawar Skim...

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disaran menawarkan skim...

Industri Pertanian Patuh APB...

SERDANG - Pematuhan Amalan Pertanian Baik (APB) bagi pemain industri pertanian Malaysia perlu...

Surau Sekolah Jadi Lokasi...

JIKA pelajar lain yang berusia 15 tahun sedang sibuk mempersiapkan diri bagi peperiksaan...

Ops Buru Majikan Degil Daftar Perkeso Di Keningau

KENINGAU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melancarkan Op Kesan di seluruh kawasan daerah ini bagi mengesan majikan yang belum mendaftar pekerja sebagai pencarum.

Pengurus Perkeso Keningau Rijal Jamalludin berkata operasi itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Mana-mana majikan yang didapati ingkar boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 94 dan 95 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang membawa hukuman kompaun,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar majikan di seluruh Keningau mengambil tahu tentang kepentingan mendaftarkan perusahaan mereka serta pekerja masing-masing kepada Perkeso, bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat perlindungan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kemalangan semasa bekerja.

Beliau berkata sejak Januari sehingga Jun tahun ini seramai 13 majikan di Keningau dikenakan kompaun kerana didapati belum mendaftar pekerja sebagai pencarum.

Sementara itu, Rijal berkata seramai 32 waris keluarga di Keningau menerima bayaran tunggakan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sejak Julai 2016 hingga kini.

“Setiap waris ahli (pencarum) menerima antara RM250 hingga RM500 seorang. Bayaran tunggakan itu dilakukan berikutan kenaikan kadar FPM yang meningkat daripada RM1,500 kepada RM2,000 pada Julai 2016,” tambahnya. – BERNAMA.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah Allahyarham Zailah Ismail, anak perempuan bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.


Beliau tiba kira-kira 1.20 petang dan disambut anggota keluarga serta jemaah sebelum menunaikan solat sunat dua rakaat, mendengar khutbah dan seterusnya menunaikan solat Jumaat yang dipimpin Imam masjid Mohd Fadlullah Mohd Nor.

Najib kemudian menunaikan solat jenazah dan bersama-sama membacakan doa agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Perdana menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor beredar meninggalkan masjid ttu kira-kira 2.20 petang.

Sementara itu, Mohd Tawfik Tun Dr Ismail, 66, memberitahu adiknya meninggal dunia kerana kanser di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 4.30 pagi tadi.

Jenazahnya akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Allahyarham Zailah, 64, meninggalkan empat anak – Tariq Ismail Mustafa 38, Yassif Nagim, 36, Kamariah Shakirin, 34 dan Ismail Iskandar Wildan, 27. – BERNAMA

Kategori