Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

JPS Diarah Baiki Tembok...

REMBAU - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin  berkata beliau telah mengarahkan Jabatan...

2 Rakan Didakwa Miliki,...

ALOR SETAR - Seorang wanita dan rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

KKLW: Bantuan Kepada Pekebun...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memastikan...

Peguam Jangan Pandang Remeh...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membidas tindakan segelintir peguam yang mempersoalkan...

Ops Selamat: Kemalangan Maut Menurun Di Sabah

KOTA KINABALU – Kadar kemalangan maut di Sabah sepanjang Op Selamat Aidilfitri tahun ini menurun 55 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Beliau berkata sepanjang Op Selamat itu, yang dilancarkan pada 18 Jun dan berakhir semalam (2 Julai), jumlah kemalangan maut yang direkodkan ialah 12 kes berbanding 22 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Mangsa yang meninggal dalam kemalangan maut sepanjang Op Selamat pada Aidilfitri tahun ini ialah 11 orang berbanding 22 orang tahun lalu yang menurun sebanyak 50 peratus,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sepanjang operasi itu tahun ini, sebanyak 13,121 saman juga dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan dikeluarkan berbanding 11,453 saman dalam tempoh sama tahun lepas.


Beliau berkata pihaknya juga memantau kira-kira 30 kawasan ‘hot spot’ yang kerap berlaku kemalangan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya. – BERNAMA

Kategori