Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Nas Daily Guna Pasport...

SEREMBAN - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel...

Dakwaan Gangguan Seksual Oleh...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri telah menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa terdapat...

Kes Baharu COVID-19 Kembali...

PUTRAJAYA - Angka harian jangkitan COVID-19 kembali turun kepada bawah 6,000, dengan 5,671...

Pembinaan LCS Bermula Akhir...

KUALA LUMPUR : Aktiviti fizikal pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dimulakan pada...

PABM: China, Palestin Antara Layak Ke Peringkat Akhir

BANGI – Wakil Afghanistan, Palestin, China dan Jepun antara layak ke peringkat akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 bagi kategori Antarabangsa.

Mereka masing-masing terdiri daripada Abdul Matin Mohammad Azeem, Abdulrahman Khaled Hassan Saeed, Ma Xiao, Hassan Radwan, Rimajon Sotlikova dan Lisa Shimazaki.

Tiga peserta kategori pelajar antarabangsa di Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir, dari kiri: Hassan Ridwan, UIAM (Palestin); Abdulrahman Khaled Hassan Saeed, UTP (Yemen) dan Abdul Matin Mohanmad Azeem, UIAM (Afghanistan). Foto: Riza Razak

Turut layak adalah dua peserta Malaysia bagi kategori Alam Melayu iaitu Muhamad Sharulnizam Md. Roni dan Noor Haqim Noor Hamidun; serta wakil Singapura, Ahnad Aidil Bin Sa’dullah.

Pusingan akhir pertandingan tahunan berprestij itu bakal diadakan esok bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Antara peserta kategori antarabangsa yang layak ke peringkat akhir PABM 2017, dari kiri: Lisa Shimazaki (Jepun); Ma Xiao (China) dan Rimajon Sotlikova (Uzbekistan). Foto: Riza Razak

Menurut Penyelaras Bahagian Teknikal dan Penghakiman PABM, Mazlena Mohamad Hussain, persembahan para peserta ternyata menunjukkan peningkatan.

“Keputusan yang dibuat oleh para juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

“Kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi pada tahun hadapan,” katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut di sini hari ini.


Peserta yang mewakili Alam Melayu, dari kiri: Muhamad Sharulnizam Md. Roni (Malaysia), Ahmad Aidil Hadri Sa’dullah (Singapura) dan Noor Haqim Noor Hamidun (Malaysia). Foto: Riza Razak

Seramai 52 peserta dari 35 buah negara telah menyertai PABM pada kali ini yang bermula sejak Khamis minggu lalu.

Johan bagi setiap kategori akan menerima piala pusi­ngan Perdana Menteri, piala iri­ngan, wang tunai RM20,000, hadiah i­ringan dan sijil.

Naib johan (setiap kategori) akan me­nerima piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iri­ngan dan sijil manakala tempat ketiga (setiap kategori) akan menerima piala iringan, wang tunai RM8,000, hadiah iring­an dan sijil. – MYNEWSHUB.CC

Kategori