Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JBPM Hantar 21 Tan...

GUA MUSANG : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi unit udaranya semalam,...

Lelaki Dibebaskan Selepas 25...

SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat, Darryl Pinkins, 63, yang tersilap dipenjarakan selama 25...

Pakar Dakwa, Putin Yang...

DALAM satu teori terbaharu dinyatakan seorang pakar, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang...

Lelaki Maut Kena Tetak...

SEORANG lelaki warga Filipina maut selepas ditetak oleh 'kekasih gelap' ibu mertuanya di...

Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut Di Tiang Elektrik

LAWAS – Cubaan seorang lelaki mencuri wayar kabel elektrik memakan diri, apabila dia tersangkut pada kabel elektrik di ketinggian lapan meter di Loji Air Lama Trusan, Sarawak malam tadi.

Dalam kejadian 8.50 malam itu, suspek yang berasal dari Kampung Lintang terpaksa diselamatkan dan dibawa turun menggunakan tangga oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Lawas, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek disyaki cuba memotong wayar kabel itu menggunakan parang, sebelum kakinya tersangkut dan melekat pada wayar berkenaan pada jam 10.50 malam.

“Suspek gagal turun dan terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di situ.

“Polis turut merampas sebilah parang, kasut hitam dan baju tertera tulisan hotlink milik suspek “ katanya hari ini.


Tambah Abang Zainal, suspek turut mempunyai dua kes jenayah lampau atas kesalahan sama dan kini masih menunggu keputusan dari Timbalan Pendakwa Raya.

Suspek masih menerima rawatan di Hospital Lawas dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan

Kategori