Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Dikecam Kerana Tampil Seksi...

AKTRES Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan viral menerusi laman...

Wanita Tercampak, Terduduk Atas...

KULIM - "Saya hairan di mana penunggang motosikal itu, namun ketika menoleh ke...

Penganjur Sedia Taja Ramasamy...

SUSULAN 'serangan' kontroversi Prof. Dr. P. Ramasamy, penganjur forum penceramah antarabangsa Dr. Zakir Naik...

Harimau Malaya Perlu Teruskan...

IPOH - Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan Malaysia dan Korea...

‘Pajeri Nanas’ Ubat Kemelut Rumah Tangga

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula sepasang suami isteri. Cemburu itu lumrah kalau sudah sayang.

Kalau dah namanya sayang, perempuan mana yang tidak cemburu apabila suami sendiri masih berhubung dengan kekasih lama?

Dalam menyelesaikan masalah tersebut, sudah pasti masing-masing punyai cara tersendiri kan?

Begitu juga alkisahnya filem TV arahan Aidilfitri Mohamed Yunus ini yang berjudul ‘Memori Pajeri Nanas’. Karya terbaharunya ini akan ada kelainan serta unik.

Filem ini dibintangi oleh beberapa pelakon popular tanah air antaranya Alif Satar, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.

Keunikan filem ini adalah Aidilfitri menggunakan pajeri nanas sebagai menu utama.

Jarang sekali orang memasak pajeri nanas kan? Kebiasaannya masakan ini boleh didapati ketika majlis perkahwinan.

Dalam filem ini, Aidilfitri menggunakan menu tersebut pada awal sehingga pengakhiran bagi menerangkan pada penonton bahawa menu tersebut merupakan fokus utama sekali gus membantu menyelesai kemelut rumah tangga.

“Menghasilkan cerita berkisar kehidupan rumah tangga yang bermasalah adalah satu perkara biasa.

“Namun mengangkat sesuatu perkara yang boleh menjadikan penyelesaian kepada masalah itu jarang berlaku.


” Contohnya, saya mengangkat tema masakan dalam menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan Armand dan Kayla lakonan Alif dan Tiz,” kata Aidilfitri.

“Pajeri nanas itu menjadi saksi walau apa pun terjadi mereka akan tetap bersama selamanya”, tambahnya lagi.

Selain itu, menurut tonggak utama filem ini iaitu Alif yang melakonkan watak cef, ujarnya adalah agak mencabar dan suatu perkara baharu baginya.

Tetapi bukan masalah yang besar kerana dia seorang yang suka memasak dan melakukan kerja dapur.

“Ini pertama kali saya melakonkan watak cef. Tidak susah kerana saya juga seorang yang suka memasak dan melakukan kerja dapur,” ujar pelakon tersebut.

Filem ini bakal menemui penonton bermula 20 Julai depan di saluran Astro First Eksklusif. Bersama kita nantikan bagaimana pajeri nanas ini mampu perbaiki kemelut hubungan suami isteri!  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura

Kategori