Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ringgit Tak Perlu Ditambat...

KUALA LUMPUR - "Ringgit tidak perlu ditambat kepada dolar AS walaupun pada masa...

Isi Borang Balik Kampung...

KUCHING - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri diingatkan...

Penduduk Kampung Bonggor Bimbang...

BALING - Lebih 100 penduduk Kampung Masjid Lama, Bonggor, Batu 48 yang tinggal...

Pergerakan Ke Zon Merah,...

JOHOR BAHRU - Pergerakan pekerja industri ke zon merah antara punca utama pertambahan...

Pakatan Harapan Tidak Didominasi Kaum Melayu

KUALA LUMPUR – “Kaum Melayu tidak mendominasi Pakatan Harapan”. Demikian penegasan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung kedudukan pakatan pembangkang itu selepas mengumumkan barisan pucuk pimpinannya baru-baru ini.

Tegas beliau, kaum Melayu tidak mendominasi Pakatan Harapan walaupun Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umumnya.

“Pakatan Harapan adalah didominasi oleh rakyat Malaysia termasuk Cina dan India,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu mengumumkan pelantikan Mahathir daripada PPBM sebagai pengerusi dan Anwar daripada PKR sebagai ketua umum, namun pengumuman itu disambut dengan rasa curiga ramai pihak.

Langkah itu dipercayai semata-mata bertujuan mengaburi mata orang Melayu kononnya Pakatan Harapan didominasi oleh Melayu walhal umum mengetahui majoriti pemimpin dalam gabungan parti pembangkang itu terdiri daripada bukan Melayu.


Kit Siang sebelum ini juga menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan ketua dalam Pakatan Harapan walaupun pimpinan tertinggi pakatan pembangkang itu kini dibarisi oleh pemimpin dua parti tersebut.

Kata beliau, partinya tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Harapan dan sebarang keputusan yang mahu dibuat Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP, bukan seperti Barisan Nasional (BN) yang beliau dakwa didominasi parti Melayu UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Kategori