Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DUN Perlis Dibubar Esok...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man hari ini mengumumkan Dewan Undangan...

Rentung Dalam Kebakaran Di...

KUCHING - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Batu...

1,000 Kakitangan Lynas Dikhuatiri...

KUALA LUMPUR - Lynas Corporation Ltd (Lynas) meminta kerajaan supaya mengkaji semula keputusan...

Bukan… Mereka Bukan Singa...

SEKALI imbas, mesti ramai berpendapat agak 'luar biasa' apabila dua ekor singa jantan...

Pakatan ‘Pelik’ Ada 3 Bos! Siapa Bos Sebenar?

LUCU dan kelakar… Pakatan Harapan nampaknya terpaksa mengambil jalan keluar unik dengan lantik tiga orang bos secara serentak untuk elak sengketa sesama mereka sendiri yang agak parah.

Ia konon untuk menunjukkan seolah-olah blok pembangkang mengandungi empat parti komponen itu berpadu tenaga untuk menentang perikatan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ini berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden pakatan itu lewat malam Khamis terpaksa melantik orang yang masih dalam penjara atas kesalahan meliwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum.

Manakala mantan bos beliau ketika dalam BN dan UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad diumum sebagai pengerusi pakatan dan lebih hebat, isteri Anwar pula, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail menjadi presiden.

Soalan cepumas sekarang… siapakah bos sebenar kerana struktur aneh kepimpinan pakatan ini berbeza dengan gabungan parti politik lain termasuk BN yang hanya diketuai oleh seorang presiden diketuai UMNO.

Mesyuarat itu tidak menamakan siapa calon Perdana Menteri mereka namun memutuskan akan memulakan proses memohon pengampunan Anwar daripada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh seminggu jika menang PRU.

Kalangan pemerhati politik tempatan menilai keputusan pelik dibuat dalam mesyuarat pakatan yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor itu adalah sesuatu yang memang dijangka.

Ia malahanelas mengambarkan langkah terdesak pakatan untuk ‘sapu segala sampah di bawah permaidani’. Atau lebih tepat lagi dikatakan sekadar menujuk mereka konon berpakat untuk bersepakat.

Senario kepimpinan seumpama itu bahkan dikatakan boleh mencetuskan pelbagai ketidaktentuan. Ibarat kata belum menang PRU lagi untuk menawan Putrajaya, semua memang nampak cantik sahaja.

Sebaliknya jika menang, kemungkinan berlaku ‘ perang besar’ dalam perebutan jawatan dan sebagainya. Ia dapat dilihat dalam Pakatan Rakyat selain Barisan Alternatif dan Angkatan Perpaduan Ummah dahulu.

Dalam usaha menentang BN yang guna satu logo dacing berlatarkan warna biru, mesyuarat itu juga memutuskan pengunaan logo bersama yakni tulisan ‘ Harapan’ dengan logo puncak gunung berlatarkan warna merah.


Selain jawatan utama, pakatan turut mengumumkan ketua tiga parti komponen lain yakni Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAN, Mohamed Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Timbalan Presiden.

Empat jawatan Naib Presiden pula diisi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali; Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

Mahathir yang bertindak sebagai jurucakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan turut ditanya apakah Anwar memang calon Perdana Menteri pakatan itu mengikut struktur kepimpinan yang diputuskan.

Beliau sebaliknya berdolak-dalik membayangkan bahawa akan ada Perdana Menteri lain terlebih dahulu untuk sementara kerana pelantikan Anwar yang berada di penjara tidak boleh dibuat serta merta.

“Dia akan dibebaskan hasil usaha perdana menteri yang terdahulu daripadanya, kita akan mohon supaya dia dapat pengampunan diraja dan selepas itu kita akan melalui proses undang-undang,” katanya.

Ironi bimbang berlaku kekecohan parah dalam pakatan, ujar Mahathir lagi, siapakah orang berkenaan bakal menjadi perdana menteri yang ketujuh itu konon hanya akan diisytiharkan tidak lama lagi.

Seperti biasa mesyuarat pakatan itu juga mengumumkan beberapa ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan termasuk mengehadkan penggal perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori