Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Tiada Kaitan Serangan...

KUALA LUMPUR - UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden kekecohan dan huru-hara...

2 Sahabat Maut Kereta...

SHAH ALAM - Dua sahabat maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki hilang...

Bezza Menang Anugerah Asean...

KUALA LUMPUR - Perodua Bezza menerima anugerah Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) Terbaik dan...

PAN Dakwa Ramai Ahli...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa ramai ahli PAS menyertai demonstrasi...

Pakatan Terima Mahathir Dasar Rahmatan Lilalamin

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan terus berselindung disebalik hujah agama bagi memujuk penyokongnya menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mereka labelkan sebagai diktator dan bapak segala penyamun selama ini.

Bakal Naib Presidennya, Salahuddin Ayub malah mendakwa penyokong pembangkang akan mencontohi ahklak mulia Nabi Muhammad S.A.W serta pemimpin agung yang bersifat jiwa besar, pemaaf dan tidak berdendam andai menerima Mahathir.

Lagi mengelirukan apabila beliau yang juga Timbalan Presiden PAN sekonyong-konyong mengaku PAN bukan sebuah mahkamah yang boleh berperanan untuk menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia terutama Mahathir.

Kenyataan beliau itu bercanggah dengan realiti politik PAN yang sering bertindak seperti mahkamah apabila secara semborono menghukum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diatas pelbagai tuduhan kesalahan dan perilaku meskipun tanpa bukti sahih.

“PAN sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung ‘rahmatan lilalamin’.

“Menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam PAN khususnya dalam kalangan pimpinan utamanya. Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik seperti yang lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan susulan bantahan keras mula disuarakan penyokong pembangkang keatas Pakatan Harapan kerana melantik Mahathir sebagai pengerusi sedangkan mereka selama ini dihasut supaya membenci Mahathir kerana kezalimannya keatas rakyat semasa menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mendakwa kononnya persoalan siapa yang berkuasa dan ada kata putus dalam Pakatan Harapan tidak relevan kerana Mahathir didakwa tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, beliau mendakwa sebarang keputusan yang dibuat oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan akan dibuat secara `musyawarah’ termasuk dengan DAP. DAP diketahui umum sangat konsisten dalam menentang agenda pemerkasaan Islam di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori