Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Insiden Pukul Gambar Toleransi...

JOHOR BAHRU - Kejadian seorang lelaki dipukul gara-gara membunyikan hon kenderaan ketika solat...

Pemandu Gagal Brek, Penunggang...

TULAR sejak Ahad lalu menerusi laman sosial mengenai rakaman video aksi penunggang motosikal...

Lokman Akan Jumpa Pemimpin...

KLANG - Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

35 Maut Serangan Udara...

BEIRUT - Serangan udara di kubu kuat kumpulan jihad di Raqa, utara Syria...

Pasal Pegang Wanita, Daler Bergaduh Dengan Adik?

Hero drama Encik Suami Mat Salih Celup, Daler Yusuf mencuri perhatian lagi pada minggu ini.

Terdahulu Daler hangat diperkatakan isu terpegang dada seorang pelakon wanita. Kini, adiknya pula iaitu Sherzod Yusof menjadi perhatian berikutan video ‘prank‘ memegang tangan wanita di eskelator di sebuah pusat beli-belah.

Hmm berkenaan wanita lagi?

Sherzod telah memuat naik video ‘prank’ di laman Instagramnya baru-baru ini.

Video berdurasi 41 saat itu menunjukan Sherzod sedang melakukan prank dengan menyentuh tangan wanita di eskelator.

Video tersebut dikecam teruk kerana apa yang dilakukan itu ada sesetengah pihak berpendapat memegang tangan orang asing adalah suatu perbuatan yang tidak sopan.

Selain dikecam netizen, abangnya turut memberi nasihat agar tindakan sedemikian tidak diulangi lagi.

“Astaghfirullahalazim, don’t repeat it anymore. No mahram,” komen Daler di laman Instagram milik adiknya.


Akibat tidak berpuas hati dengan teguran itu, Sherzod membangkit isu abangnya menyentuh pelakon wanita ketika berlakon.

“Wow when you act touching Malay girls okay aaaa??? For me not okay ????” balasnya.

Daler membalas, “But when I act with actress, if there is touching scene, I touch with their permission! Not like you touching without their permission. For your kind information, its SEXUAL HARASSMENT. They have right to sue you!”

“No they won’t sue me! After I did the prank I asked them that I can post it or not for your kind information too bit******,” bidas Sherzod.

Keadaan tegang tersebut ‘dileraikan’ orang ramai dengan menasihati Sherzod bahawa abangnya adalah seorang yang prihatin kerana menasihati adiknya.

Tidak kurang juga pihak yang berpendapat, sekiranya perbuatan tersebut dilakukan kepada orang yang tidak sepatutnya, berkemungkinan besar Sherzod boleh menerima padah. Sama ada dipukul atau sesuatu yang diluar jangkaan.

Sherzod Yusuf, anak kelahiran Uzbekistan ini sudah cukup terkenal di Malaysia. Beliau mengaku meminati serta mengenali dunia modelling sejak kecil lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura

Kategori