Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Johor Catat 16 Kes...

JOHOR BAHRU - Lapan buah kantin sekolah di Johor diarah tutup selepas 16...

Perbincangan Lanjut Tangani Kebakaran...

CYBERJAYA - Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Indonesia berhubung bantuan yang diperlukan...

Alahai Artis: Nampak Cerdik...

ANDA pernah menyayanginya. Jadi kenapa harus bermati-mati menyimpan rasa dendam dengan sikap membenci...

Trump, Moon Setuju Isu...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Korea...

Pastikan Felda Ditadbir Dengan Integriti Tinggi

PUTRAJAYA – Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berikrar memastikan perjalanan dan pentadbiran agensi itu sentiasa berada pada integriti yang tinggi.

Beliau berkata pengurusan Felda juga akan dipastikan sentiasa fokus dari segi tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ke arah kelangsungan institusi dan kemajuan warga peneroka secara keseluruhan.

Katanya walaupun hanya dilantik sebagai Pengerusi Felda pada Januari lepas namun beliau berpengalaman dan mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan Felda kerana pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu Perdana Menteri dan pengasas Felda.

“Sebab itu, saya ingin bawa semula aspirasi dan nilai asal bagaimana FELDA diuruskan dalam pentadbiran hari ini agar integriti dan fokus pada tanggungjawab menjadi amalan yang akan membawa organisasi ke tahap lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada perasmian sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, majlis turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Majlis kemuncak acara bagi meraikan warga peneroka yang berlangsung sejak Jumaat lepas itu turut dihadiri menteri dan timbalan menteri Kabinet serta lebih 25,000 peneroka.

Shahrir menggariskan asas atau nilai asal yang akan diterap adalah memperkukuh aspek kemuafakatan dalam kalangan pentadbir dan peneroka yang menjadi elemen penting kejayaan Felda sehingga kini.


Katanya asas tersebut telah membawa kepada reformasi tanah, sehingga berjaya mengeluarkan majoriti masyarakat daripada belenggu dan kepompong kemiskinan.

Menurutnya, nilai yang dipraktikkan itu juga telah membawa pembangunan negara secara seimbang antara bandar dan luar bandar, sepertimana konsep pembangunan wilayah yang diterajui Felda.

“Untuk itu, semua daripada kita perlu terlibat menjayakan misi ini agar matlamat menyumbang kepada kekuatan ekonomi warga Felda dan negara dapat dicapai,” katanya. – BERNAMA

Kategori