Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Mambang Kisah Saya, Bukan...

SEPERTI yang sudah diketahui umum, penyanyi rap, Altimet akan menamatkan karier seninya tidak...

Kes Namewee Ke Pejabat...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan terhadap pemuzik kontroversi Namewee berhubung klip video berunsur...

Polis Sentiasa Tingkat Mutu...

MUAR - Polis sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan yang sering dibangkitkan masyarakat bagi...

KUIN Kini Status Universiti...

PUTRAJAYA - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kini bertaraf universiti penuh dan dikenali sebagai...

PBT Digesa Pakai Panduan Kawalan Pembiakan Tikus

SHAH ALAM – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mengguna pakai garis panduan kawalan pembiakan tikus yang dikeluarkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai usaha membendung penularan penyakit bawaan haiwan berkenaan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata garis panduan itu diwujudkan sejak tahun lepas apabila kes kematian akibat penyakit kencing tikus dilihat semakin meningkat saban tahun, malah ia juga telah diluluskan Kabinet untuk diguna pakai diseluruh negara.

“Kita mengharapkan agar mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali dapat dihadiri pemimpin negeri kerana Kerajaan Persekutuan amat serius untuk menggembleng tenaga membendung isu ini.

“Garis panduan ini juga adalah untuk menggalakkan PBT supaya lebih tegas dalam menangani pembiakan tikus di tempat masing-masing,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang menunjukkan bahawa penyakit kencing tikus menjadi punca kepada kematian pelajar tahfiz di Johor baru-baru ini.

Malah, penyakit kencing tikus juga dilapor telah meragut 78 nyawa pada 2015 dan 52 nyawa tahun lepas. – BERNAMA

Kategori