Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5 Tahun Penjara Kerana...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima...

Maria Farida Menang Saman,...

KUALA LUMPUR - Pelakon Maria Farida hari ini memperoleh ganti rugi berjumlah RM400,000...

Banjir Lumpur Ancam Perkampungan...

GUA MUSANG - Tanah runtuh dan banjir lumpur dilaporkan sering berlaku dan memberi...

Bajet: K’jaan Persekutuan Tidak...

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang dan akan terus...

PDRM Cadang Perluas Penggunaan Sistem E-Reporting

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang memperluaskan penggunaan sistem E-Reporting iaitu laporan polis secara dalam talian bagi kes jenayah dan trafik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah memohon pihak peguam negara mengkaji pelaksanaan perkara itu kerana ia melibatkan implikasi undang-undang.

” Buat masa ini sistem E-Reporting tidak dapat dilaksanakan terhadap laporan kes jenayah dan trafik kerana ia melibatkan implikasi undang-undang…saya harap implikasi undang-undang ini dapat diselesaikan dengan segera dan kemudahan ini akan dinikmati oleh semua masyarakat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, di sini hari ini.

Khalid berkata penggunaan sistem itu akan diperluas ke seluruh negara dalam masa terdekat sebaik infrastruktur dinaik taraf secara berperingkat.

Pada 10 Mac lepas, Khalid melancarkan sistem E-Reporting yang hanya boleh diguna pakai di Kuala Lumpur bagi warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, manakala kes yang dilaporkan tidak membabitkan kes jenayah atau yang tidak memerlukan siasatan lanjut polis.

Jenis aduan yang boleh dibuat menerusi E-Reporting adalah kes hilang atau tercicir kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit atau kad ATM, hilang telefon bimbit, komputer riba, cukai jalan dan kes pembantu rumah lari daripada majikan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan Op Cantas Khas, beliau berkata operasi yang dilaksanakan baru-baru ini adalah bagi memburu individu yang cuba merekrut anak muda terlibat dalam gejala gengsterisme.


“Kita ingin pastikan anak muda khususnya pelajar sekolah tidak terjerumus atau terpengaruh dengan aktiviti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah mereka,” katanya.

Pada 19 Julai, Khalid melalui laman Twitter rasminya mengesahkan seramai 62 anggota kongsi gelap ditahan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah menerusi Op Cantas Khas pada 18 Julai.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya berkata bagi tahun 2016 dan 2017 PDRM melalui Bahagian Pengangkutan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) telah menerima aset-aset alih daripada kerajaan iaitu sebanyak 500 unit motosikal dan 11 buah kenderaan pelbagai jenis.

“Sebanyak 40 buah pelbagai jenis kenderaan diperoleh hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak tertentu,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PDRM

Kategori