Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Banjir Kilat Susulan Hujan...

JOHOR BAHRU - Hebat lebat sejak 2 pagi ini memaksa 23 mangsa daripada...

MELAMPAU.. Bayi 3 Bulan...

GILA dan melampau.. seorang bayi perempuan berusia tiga bulan disyaki menjadi mangsa cabul oleh...

Bomoh Didakwa Melakukan Seks...

Seremban - Seorang bomoh dihadapkan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan di dua...

PAS Tidak Akan Tunduk...

PAS bertegas tidak akan tunduk kepada sebarang desakan mahupun ugutan daripada DAP berhubung kemelut...

PDRM Nafi Adakan Iklan Temuduga Terbuka Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan akan mengadakan temuduga terbuka untuk mengisi jawatan kosong bagi keperluan pasukan itu seperti yang tular dalam laman Facebook dan aplikasi Whatsapp.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman Senior Asisten Komisioner (ACP) Datin Asmawati Ahmad berkata temuduga terbuka itu adalah tidak benar dan PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti yang didakwa.

“Pengumuman rasmi mengenai pengambilan ke mana-mana jawatan PDRM hanya akan dibuat melalui portal rasmi PDRM www.rmp.gov.my dan Facebook rasmi, www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Asmawati berkata warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon mengisi jawatan dalam PDRM boleh membuat permohonan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, www.spa.gov.my.


“Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan akan dipanggil untuk proses pemilihan sekiranya eksesais pengambilan PDRM dijalankan,” katanya.

Maklumat palsu yang sama membabitkan pengambilan terbuka untuk jawatan di PDRM  juga pernah beberapa kali tersebar di laman sosial sejak tahun 2015, menyebabkan Bukit Aman mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan perkara itu.

– BERNAMA

Kategori