Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MARA Peruntuk RM5j Bantu...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sebanyak RM5 juta tahun ini dalam usaha menggalakkan golongan kurang upaya (OKU) menceburi...

Pelarian Syria: Masa Depan...

KUALA LUMPUR - Z.Halabi tidak pernah berfikir suatu hari nanti beliau akan bangkit...

Lelaki Ceraikan Isteri Kerana...

SEORANG lelaki yang tidak tahan lagi dengan kaki busuk isterinya telah memutuskan untuk...

Waytha Ucap Tahniah Polis...

PUTRAJAYA - Masyarakat India Malaysia dan rakyat negara ini secara amnya menghargai tahap...

Pecah Pintu Balai Polis, Penganggur Dijel Setahun

IPOH – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memecahkan pintu utama pejabat pertanyaan Balai Polis Tanjung Rambutan.

Tertuduh P.Sivam, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 29 Jun lalu.

Sivam didakwa melakukan khianat dengan memecahkan pintu utama premis milik kerajaan yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM500 di balai polis berkenaan kira-kira 10.15 malam, 29 Jun lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh dalam keadaan mabuk berlari memasuki perkarangan balai polis dan secara tiba-tiba merempuh pintu kaca pejabat pertanyaan itu sehingga pecah.

Tertuduh yang diwakili Chiang Mei Wan dari Yayasan Biro Guaman Kebangsaan memohon agar anak guamnnya dikenakan hukuman ringan kerana dia mempunyai enam orang anak selain menginsafi kesilapannya.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Naidatul Athirah Azman. – BERNAMA

Kategori